Dulu Stadium Runtuh, Sekarang Kontraktor Ni Tengah Bina Istana Negara Pula

Kontraktor Stadium Runtuh Bina Istana Baru

Oleh Jamilah Kamarudin

KUALA LUMPUR: Keselamatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin mungkin terancam jika kerajaan terus membenarkan Syarikat Ahmad Zaki Resources Berhad menjadi kontraktor utama membina istana baru di Jalan Duta, di sini.

Ini kerana syarikat itu merupakan kontraktor utama yang bertanggungjawab dalam pembinaan Stadium Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu yang menelan belanja RM280 juta, namun runtuh hanya selepas 10 bulan digunakan pada tahun lalu.

Ahli Parlimen DAP-Taiping Nga Kor Ming berkata, perkara ini dijangka akan menimbulkan keresahan jika perkara yang sama akan turut berlaku kepada istana baru itu nanti.

"Kita khuatir akan keselamatan Seri Paduka jika Baginda Tuanku sedang menikmati sarapan pagi dan bumbung istana tiba-tiba runtuh di ruang makan, sama terjadi seperti runtuhnya stadium di Terengganu, ia akan menjadi satu tragedi yang amat memalukan negara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, Ngar mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dipilih membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Seri Paduka.

"Saya nak tanya Menteri Datuk Shaziman Abu Mansor yang pernah buat kenyataan sebelum ini bahawa kontraktor yang mempunyai masalah akan disenarai-hitamkan dan tidak akan diberi tender projek awam yang lain.

Lambang kemegahan negara

"Tapi sekarang mengapa kontraktor yang membina stadium yang runtuh diberikan projek sebegitu besar yang membina lambang kemegahan negara," katanya.

Nga turut mempersoalkan mengenai rancangan kerajaan terhadap Istana sedia ada yang berada di Jalan Istana jika Istana baru di Jalan Duta dapat digunakan sepenuhnya.

"Kerajaan pada tahun 1999 membelanjakan RM70 juta untuk baik pulih istana sedia ada dan ini membabitkan wang hasil cukai rakyat.

"Kami mahu kerajaan berikan jawapan kukuh tentang isu ini kerana kita tidak mahu dengar bahawa ini merupakan satu lagi projek ‘gajah putih’ Umno-Barisan Nasional," katanya.

Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kos pembinaan istana baru meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun.

Semasa sesi soal-jawab semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata Istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Kontrak pembinaan Istana itu diberikan kepada tiga syarikat melalui rundingan langsung, iaitu Syarikat Ahmad Zaki Resources Berhad, Maya Maju Sdn Bhd dan Kejuruteraan Kenari Sdn Bhd serta bukan melalui tender terbuka, kata Yong.


apa nak jadi la dengan kerajaan malaysia, lagi kualiti teruk lagi diberi projek. dah la tender dah buka

1 comment

Mohamadazhan.com said...

salam, theme baru ya :)

puak2 umno ni buat utk keuntungan perut depa.

Powered by Blogger.