Krisis Pelaburan Swasta Melanda Sebab Umno-BN Ketepikan Amaran Awal Pakatan Rakyat
Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 15 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat telah memberi amaran mengenai kemerosotan teruk pelaburan sektor swasta dalam penjanaan ekonomi negara seawal Mac tahun ini sebelum Model Ekonomi Baru diperkenalkan tetapi kerajaan Umno-Barisan Nasional berfantasi bahawa semua perancangan ekonomi berjalan dengan baik dan prestasi ekonomi negara juga lancar.
Anwar yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri menyampaikan ucapan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 di parlimen semalam dengan berkata krisis pelaburan swasta yang kini menjadi kenyataan berpunca daripada kerajaan Umno-BN yang tidak mengendahkan amaran awal pada sesi pertama Dewan Rakyat pada 16 Mac 2010.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan data pelaburan swasta sejak tahun 1998 menunjukkan peranan yang dimainkan sektor swasta untuk menjana ekonomi negara telah diambilalih oleh sektor awam sejak tahun 2000.
"Perbelanjaan awam untuk menjana ekonomi telah dimainkan peranannya oleh sektor swasta sejak tahun 1998 lagi, keadaan ini dilihat amat berkesan sehinggalah ia diambilalih oleh kerajaan. Ini tidak ubah ibarat sebuah jet pejuang yang terpaksa menggunakan enjin kereta untuk terbang apabila enjinnya yang lama sudah hilang, sudah tentu jet pejuang itu tersadai dan tidak dapat terbang.
"Begitulah kedudukannya sejak sedekad lalu dan ini disahkan oleh kajian Prof Dr KS Jomo yang menunjukkan pertumbuhan tahunan purata pelaburan swasta sepanjang RMK-8 hanyalah 1 peratus, sementara pertumbuhan sepanjang RMK-9 hanya menokok kepada 2 peratus. Ini jauh berbeza berbanding pertumbuhan purata pada kadar 16.2 peratus sepanjang RMK-6 dan RMK-7.
"RMK-10 meletakkan sasaran yang tinggi untuk melonjakkan jumlah pelaburan swasta bagi mengekang tabiat kebergantungan kepada perbelanjaan awam yang melebarkan jurang defisit negara. Kerajaan mensasarkan pertumbuhan purata pelaburan swasta sebanyak 12.8 peratus setahun, iaitu mencapai tahap RM115 bilion mengikut harga semasa . Laporan terkini bagi April 2010 yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia menunjukkan pelaburan swasta bagi tahun 2009 (pada harga semasa) hanyalah berjumlah RM65 bilion," tegas Anwar dalam parlimen.
Beliau menjelaskan ekonomi Malaysia perlu mencapai peningkatan pelaburan swasta tambahan RM50 bilion jika sasaran tahunan RM115 billion ini hendak dicapai, kemudiannya dikekalkan pada tahap itu untuk berkembang sebanyak 12.8 peratus setiap tahun.
Ini kerana sepanjang RMK-9, pelaburan hanya berkembang pada kadar 2 peratus sahaja.
"Perlu kita memberi perhatian terhadap peringatan beliau (Dr Jomo) manakala kita akui pelaburan asing (FDI) sememangnya terkesan akibat krisis kewangan, namun negara Singapura masih berupaya mencatatkan pertumbuhan FDI sebanyak 9 peratus dan China 10 peratus sedangkan kita hanya mencatatkan pertumbuhan FDI sebanyak 1 peratus.
Kalau ini diterjemahkan dalam istilah kampung, seorang pesawah padi perlu menggandakan hasil padi sebanyak dua kali ganda dalam masa setahun sedangkan keluasan relung sawahnya tetap sama dan modalnya tetap sama.
"Saya mengucapkan tahniah kerana kerajaan bercita-cita tinggi tetapi kita juga perlu realistik kerana menyediakan infrastruktur untuk mencapai sasaran ini melibatkan wang rakyat. Sasaran yang tidak realistik sudah tentu tidak dapat dicapai, jadi wang rakyat yang dibelanjakan untuk membina infrastruktur dan menyediakan mekanisme itu nanti adalah satu pembaziran, tidak ubah seperti pelbagai skim dan institusi yang ditubuhkan tetapi langsung tidak berkesan merangsang pelaburan swasta," tambah Anwar lagi.
Anwar berkata dalam setiap Rancangan Malaysia, kerajaan akan mengumumkan penubuhan pelbagai tabung dan peruntukan sejumlah wang yang besar. RMK-10 memperuntukkan dana sebanyak RM20 bilion dalam pelbagai bentuk sebagai bantuan untuk menggalakkan penyertaan swasta.
Namun ujian sebenar bukannya sebesar mana pengumuman peruntukan yang dibuat tetapi sistem dan mekanisme yang telus untuk memastikan peruntukan ini sampai ke sektor swasta yang memerlukannya, kata Anwar lagi.

No comments
Post a Comment