Lembaga Pengarah PKNS Timbang Perletakan Jawatan Azmin

SHAH ALAM 24 Jun - Pejabat Menteri Besar mengesahkan telah menerima faks berkenaan peletakan jawatan Naib Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui faks tengahari semalam.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini Kerajaan Negeri menghormati keputusan beliau namun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh membuat sebarang komen sehingga Ahli Lembaga Pengarah PKNS menimbangkan peletakan jawatan itu.

Mesyuarat Exco pada Februari 2009 meluluskan pelantikan Mohamed Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS.

Pelantikan itu untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa 10 Februari 2009 dan sepatutnya tamat pada Februari 2011.

Selain beliau, turut dilantik Ahli Lembaga Pengarah PKNS ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Industri dan Perdagangan, Teresa Kok dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abd Samad.

No comments

Powered by Blogger.