"Otak Berkomunikasi Guna Medan Magnet"

Oleh: Khalid Yong, khalidyong@gmail.com

Ringkasan

Pada siri ke-6 ini kita akan mengkaji ayat 51:3 “Dan Demi Peluncur yang meluncur dengan semudah-mudahnya”. Kita akan melihat kehebatan Al-Quran menerangkan komunikasi tanpa wayar yang digunakan oleh otak manusia untuk membolehkan sel-sel neuron menghantar dan mengumpul maklumat untuk membolehkan manusia sedar (conscious), berfikir, memahami, dan berkomunikasi. Konsep komunikasi tanpa wayar yang digunakan oleh otak manusia adalah sama dengan konsep komunikasi tanpa wayar yang digunakan dalam ICT seperti WiFi, WiMax, GSM, PCN, satelit komunikasi, RFID, dan sebagainya.

Kita akan mengkaji samada Al-Quran maksudkan “arus elektrik” atau “medan magnet” yang digunakan, kenapa “low level EM” merbahaya kepada sel-sel otak, lapisan membran, dan DNA.

Imbasan

Sejak 1,400 lagi Al-Quran telah mengajar ilmu dan teknologi yang hebat yang akan meletakkan umat Islam sebagai “Khaira Ummatun” atau umat terbaik d dunia. Al-Quran mengajar membina prasarana pentadbiran, mengajara KPI ‘Amalan Solehan” (continous Improvement atau Kaizen), teknologi ICT, komunikasi tanpa wayar-wayar cara-cara berfikir (penggunaan minda), dan bagaimana otak berkerja.

Kali ini kita akan meneruskan Siri Kajian “Al-Quran dan ICT” yang ke-5 iaitu ayat ke-3 dari surah Az-Zaariyat. Kita sekarang sedang mengkaji 11 ayat iaitu ayat 1-11 dari surah Az-Zaariyat yang menjelaskan tentang “bagaimana otak manusia bekerja dengan menggunakan Elektromagnetik (EM) dan bagaimana EM boleh merosakkan minda manusia”. Al-Quran menjelaskan otak manusia “mengakses, mengumpul, dan menganalisa maklumat dengan menggunakan EM yang dipancar secara serentak (syncronize)” (lebih kurang seperti teori CEMI field). Berlainan dari cara komputer berkerja iaitu secara turutan (sequential) dan elektrikal/mekanikal (CPU, RAM, pusingan hardisk), otak bekerja secara “synchronize” dan menggunakan medan “electromagnetic” iaitu berjuta kali lebih cepat/laju dari komputer-super yang ada sekarang.

Tafsir Asal

Kebanyak para penafsir memberi tafsiran 51:3 “Dan demi kapal yang belayar dengan mudah”, atau “Dan demi yang berlari dengan mudah”, atau “Dan demi yang meluncur dengan mudah”. Apa yang hendak digambarkan pada ayat ini ialah sesuatu yang membawa muatan (data) yang meluncur dengan mudah.

Bagaimana Mengkaji Ayat Quran (Perspektif ICT)

Saya telah bentangkan metod mengkaji ayat-ayat Al-Quran pada International Conference on Research in Law (Icril’09) anjuran Universiti Malaya baru-baru ini yang bertajuk “To Think Outside The Box, Think Inside Al-Quran”. Secara ringkasnya ia berasaskan ayat 16:89 “Al-Quran menjelaskan segalanya”, 11:1 “Semua ayat Al-Quran adalah ayat Muhkamat (ayat yang menjelaskan tentang hukum/peraturan setiap kejadian)”, 39:23 “Semua ayat Al-Quran adalah ayat Mutashabihat (ayat yang berbentuk konsep untuk manusia menjana “derived knowledge”), dan (2:2, 26:2, 27:1) “Semua ayat-ayat Al-Quran adalah terang, jelas dan tidak ada yang meragukan”.

Maf’ulul Mutlaq & Maf’ulumbih

Pada ayat 51:1 “zarwa” adalah maf’ulul mutlaq untuk menjelaskan sifat atau nature yang melampau iaitu penaburan foton yang teramat banyak sehingga 10^15 foton/saat dan terbang teramat laju iaitu 300,000 km/saat. Namun pada ayat 51:2 “wiqra” adalah maf’ulumbih untuk menggambarkan sifat “Al-Hamilat” yang membawa muatan yang banyak tetapi tidak melampau. Allah memberitahu manusia bahawa setiap sel otak (neuron) hanya menyimpan data-data tertentu sahaja, dan data-data ini di “upload” kepada Al-Hamilat apabila “Az-Zaariyat” terbang. Memandangkan bilangan foton hampir sama dengan bilangan neuron (kira-kira 100 bilion), kemungkinan besar setiap foton membawa data untuk setiap neuron.

Pada ayat 51:3 “Yusra” adalah Maf’ulul Mutlaq untuk menggambarkan keadaan melampau/bersungguh-sungguh. Apa yang sebenarnya yang meluncur dengan semudah-mudahnya?

Al-Maf’ulul Mutlaq Memperincikan Zat “Al-Jariyat”

Pada ayat 51:3 Allah SWT menggunakan nahu “Al-mafulul Mutlaq” untuk “Yusra”. Kenapa Allah menggambarkan “Al-Jariyat” itu meluncur dengan semudah-mudahnya? Adakah ianya merujuk kepada arus elektrik atau medan magnet? Tenaga yang mana satu meluncur dengan tersangat mudah? Kita tahu bahwa bumi ini adalah satu magnet gergasi, bagaimana medan magnet ini boleh terhasil? Bagaimana ia boleh melepasi beribu-ribu kilometer lapisan batu-batan, lapisan air laut, kayu-kayan, dan angkasa raya? Kenapa arus elektrik tidak mengalir sampai ke permukaan bumi?

Arus Elektrik vs Medan Magnet

Kita tahu sifat “Elektromagnetik” (seperti “radiowave”, “microwave”, cahaya yang dapat dilihat, lazer, dan sebagainya) adalah tenaga foton yang meluncur (pada kelajuan cahaya). Iannya mengandungi dua unsur iaitu 1) medan elektrik dan 2) medan magnet. Kita juga tahu arus elektrik hanya boleh mengalir melalui pengalir elektrik (“conductor”) sahaja seperti besi, tembaga, dan emas dan tidak boleh mengalir melalui penebat seperti plastik, getah, pasu, kayu, dan sebagainya. Namun medan magnet boleh melalui dan melepasi apa sahaja dan semua benda tak kira samada ianya “pengalir” maupun “penebat” seperti baik kayu, plastik, logam, dan sebagainya. Jadi yang mana satu lebih mudah (teramat mudah)? Tidakkah ini membuktikan ayat-ayat Al-Quran itu amat jelas?

Ujikaji Mudah

Kalau mahu mencuba bolehlah buat satu ujikaji mudah; ambil sebuah magnet dan lalukan dibawah papan-meja, maka kita akan dapati klip kertas atau taburan besi (yang berada di atas meja) akan bergerak dan bertindak-balas terhadap medan magnet. Cuba pula buat ujikaji lain untuk melihat samada arus elektrik boleh mengalir melalui kayu atau plastik? Kedua-dua cara “ilmu ghaib” ini adalah penting dan perlu difahami dengan baik kerana banyak lagi ilmu-ilmu yang hebat yang akan kita temui nanti (di dalam kitab Al-Quran).

Peralatan Moden Guna Medan Magnet

Dengan mengetahui otak manusia menggunakan elektromagnetik untuk bekerja, maka ahli perubatan/sains telah mereka cipta pelbagai peralatan untuk menimbas dan mengesan EM di dalam otak seperti ECG (electro-cardiogram), EEG (electro-encyphalogram), TMS (Transcranial Magnetic Stimulation), dan sebagainya. Semua peralatan yang canggih-canggih ini direka oleh Barat sedangkan Al-Quran telah menjelaskannya 1400 tahun yang lampau. Kenapa ianya tidak dibuat oleh umat Islam yang segala-galanya telah diterangkan dalam Al-Quran?

Ada pakar tafsir Al-Quran (bukan dari Malaysia) yang mengeluarkan “fatwa” (dari ayat 51:17, 22, 32 & 40) katanya “Allah suruh mempermudah-mudahkan Al-Quran, kenapa maseh ada manusia yang bersusah-payah nak kaji Al-Quran, buat apa nak kaji-kaji, semuanya sudah dikaji, baca sudahlah, itupun sudah mendapat pahala bertimbun-timbun, baca zikir-zikir, dan doa-doa insyaallah dapat pahala berkali-ganda dan shafaat masuk syurga tanpa dihisab”. Beliau menambah “Al-Quran tidak boleh dikaji (oleh orang awam) sebab ada ayat-ayat yang meragukan (mutashabihat)” (merujuk kepada ayat 3:7) kerana ianya boleh menyesatkan.

Mutashabihat vs Mushtabihat

Terdapat 12 kali perkataan dari kata dasar “shabbaha” dalam Al-Quran, semuanya memberi makna “yang seakan-akan sama” atau “yang serupa”. Hanya sekali sahaja yang memberi makna “meragukan” (2:70) itupun meragukan kerana “kesamaran yang berlaku sebab semua lembu-lembu nampak serupa iaitu “susah” untuk memilih lembu yang mana satu. Ianya bukan “meragukan” yang membawa makna “menyesatkan” atau “memesongkan” kerana “langsung tidak tahu punca, kelabu asap, tidak tahu asal-usul dan hujung-pangkal, yang boleh membuat manusia sesat barat”.

Nabi Muhammad SAW juga tidak menggunakan perkataan “Mutashabihat” sebaliknya perkataan “Mustabihat” untuk merujuk kepada perkara yang meragukan atau samar-samar kerana tidak tahu punca seperti hadith “Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antaranya ada “mustabihat” (yang samar-samar/meragukan) ....”.

Lagipun Allah SWT telah mengatakan banyak kali bahawa ayat-ayat Quran itu semuanya jelas dan tidak ada satu ayat pun yang samar-samar atau meragukan. Adakah manusia lebih tahu dan lebih pandai dari Allah? Malah banyak kali Allah SWT mengutuk manusia yang ambil mudah terhadap ayat-ayat Al-Quran, bahkan akan menyiksa mereka yang menyembunyikan ayat-ayat Al-Quran (tidak mengkaji dan mengambil manfaat).

Orang-orang Kafir Menghina Al-Quran

“ ... Openly consider Muhammad and the Qur’an to be tools of shaytan.
So it is difficult to figure out how the Qur’an could possibly have led them to science.”
T.H. Huxley

“Cendikiawan Islam mengeluarkan terlalu sedikit kajian saintifik (scientific output) dan kalau ada pun kualitinya amatlah rendah. Ini tidak setanding dengan jumlah umat Islam yang amat besar iaitu 20% dari jumlah penduduk dunia, sedangkan mereka hanya mengeluarkan kurang dari 5% dari jumlah penyelidikan sains. Adakah ini menandakan agama Islam itu bertentangan dengan pembangunan Sains dan Teknologi?”
Prof. Dr. Aaron Segal, Universiti Texas El-Paso, USA.
“Why Does Muslim World Lag in Science” Middle Easter Quarterly, 1996.

Tidakkah kita terasa tercabar dengan hinaan Huxley? Setelah mengkaji ayat-ayat Al-Quran saya merasakan adalah amat malang dan tidak adil kepada Al-Quran apabila dihina sebegitu rupa. Amat malang sekiranya kita tidak mengkaji Al-Quran, dan membiarkan orang-orang bukan Islam “menindas” dan menghina umat Islam.

Al-Quran Sumber Ilmu

Bayangkan kalaulah Al-Quran menjelaskan tentang otak, EM, ICT, subliminal, dan sebagainya dengan jelas dan terperinci, sudah tentulah banyak lagi ilmu dan teknologi yang hebat-hebat terkandung dalam Al-Quran. Sekiranya kita menjana ilmu-ilmu yang hebat-hebat bukan sahaja orang-orang Islam yang bangga dan yakin dengan Islam dan Al-Quran, bahkan orang-orang bukan Islam juga akan tertarik dengan Islam.

Kenapa EM Bahaya Kepada Manusia?

Ayat 51:1 – 3 menjelaskan betapa pentingnya “Az-Zaariyat”, “Al-Hamilat”, dan “Al-Jariat” kepada manusia; ianya merujuk kepada tenaga elektromagnetik (EM) iaitu tenaga foton. Al-Quran telah menjelaskan otak mengguna EM dan baru-baru ini saintis barat mengeluarkan satu teori yang selari dengan teori Al-Quran iaitu teori CEMI field oleh Johnjoe McFadden.

Pada tahun 2002, Johnjoe McFadden menemui "Otak berkomunikasi menggunakan EM" dan hanya mampu menjelaskan 20% dari apa yang telah dijelaskan oleh Al-Quran sejak 1400 tahun yang lampau. Tetapi kenapa teori ini tidak dikeluarkan oleh umat Islam?
Sesungguhnya teori ini amat hebat, merbahaya, dan amat besar kegunaannya. Apabila kita mengkaji ayat-ayat 1-11 dari surah Az-Zaariyat ini, kita akan faham ayat (39:23) “kenapa kulit kita akan menggeletar dan kemudian kembali tenang” apabila mengkaji ayat-ayat mutashabihat? Kenapa apabila mengetahui kemampuan dan kebolehan makhluk Allah boleh membuatkan kita takut, gementar, dan gembira?

Kenapa apabila kita sebut “pisau boleh membunuh” tidak menaikkan bulu roma kita, tetapi apabila perompak meletakkan pisau dileher kita boleh menggigil sehingga ada yang terkencing dalam seluar?

Tidakkah ini menunjukkan Al-Quran itu perlu dikaji (agar kita dapat merasakan kehebatan dan keesaan Allah SWT)? Allah SWT telah berjanji sesiapa yang mengkaji dan mendalami ayat-ayat Al-Quran adalah dari golongan hamba-hamba Allah yang terpilih (35:32) sekalipun mereka menzalimi diri sendiri!

Begitu juga dalam kajian kita ini, sekiranya manusia tahu kemampuan dan kebolehan makhluk Allah “Az-Zaariyat”, “Al-Hamilat”, “Al-Jariyat”, dan “Al-Muqassimat” mungkin manusia tidak boleh tidur lena sebab terlalu bimbang tentang kemampuan, kebolehan, dan kehebatan makhluk-makhluk Allah ini (hukum kejadian Allah).

Al-Quran menjelaskan EM sangat “berguna” dan “berkuasa” dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan kebaikan dan keburukan seperti “memesongkan”, “mengawal” otak dan pemikiran manusia, dan juga membunuh sel-sel tubuh.

Manusia Adalah “Antena” Penyerap EM

Anggota badan manusia seperti saluran darah (blood vessels) adalah “penyerap” radiasi EM yang baik sama seperti antena radio pada kereta-kereta. Radiasi (moving EM) ini akan menyebabkan arus elektrik dikeluarkan (induced) oleh sel-sel badan kerana sel-sel badan seperti neuron adalah berfungsi dengan menggunakan perbezaan potensi elektrik. Ianya juga akan menyebabkan besi-besi (iron) dalam darah dan sel-sel merubah polar (seperti serbut besi yang ditabur ke atas medan magnet). High frequency EM juga merbahaya kerana ia boleh meyerap ke lapisan sel (cell membrane).

Gerakkan medan magnet akan menyebabkan aliran arus elektrik (induced current) yang akan mengocak (shakes) lapisan sel yang dibuat dari pospolipid (bercaj negative) dan akan membebaskan kalsium di mana akan terjadi arus ulang-alik (alternating current – AC) yang akan menolak positive ion ke arah yang bertentangan. Ion-ion yang mempunyai caj yang kuat (divalent) seperti ion kalsium akan tertendang jauh dan terkeluar dari membran. Kehilangan ion kalsium ini akan diganti dengan ion Potassium yang banyak terdapat di dalam badan manusia. Tetapi caj ion potasium (monovalent) tidaklah sekuat caj ion kalsium (divalent) menyebabkan lapisan (membrane) pospolipid ini menjadi lemah dan mudah terkoyak.

Sebagai contoh perbandingan dinding rumah yang diikat dengan batu-bata (rumah batu) sudah tentu lebih kuat dari dinding buluh yang diikat dengan tali rapia. Dinding buluh ini sudah tentu mudah pecah dan terkoyak hanya dengan satu sepakkan sahaja berbanding dengan dinding batu tidak akan mudah pecah sekalipun dilanggar dengan kereta.

Nadi (pulsed) EM Bahaya Kepada Sel-Sel


Frekuensi tinggi radio dan mobil-fon tidak merbahaya kepada manusia tetapi sekiranya ianya diubah menjadi dalam bentuk Nadi EM (pulsed atau amplitude modulated) terutama pada frequency rendah 16-250Hz adalah sangat “berkesan” dan merbahaya kepada sel-sel badan manusia. Frekuensi ini juga adalah “jalan-jalan” yang digunakan oleh lebah madu sebagai pandu-arah (navigation) untuk kembali ke sarang masing-masing.

Sebagai contoh, GSM fon yang menggunakan frekuensi di sekitar 900 MHz tidak merbahaya kepada sel-sel manusia. Tetapi apabila ianya dipadatkan (compressed) untuk menghantar data suara digital dan dinadikan (pulsed) pada frekuensi rendah 200Hz adalah merbahaya. Ini dibuktikan pada satu eksperimen DNA yang dikultur pendedahan 24 jam kepada EM menyebabkan EM menusuk (pulsating) dan memecahkan molekul DNA.

Walaupun ianya belum diuji pada sel-sel DNA manusia (yang lebih stabil dan kuat), namun kemungkinan besar EM boleh membocorkan enzim perkumuhan (digestive enzymes) melalui membran lysosome yang rosak.

Kesimpulan

Pada ayat 51:3 ini kita mengkaji “Al-Jariyat” yang meluncur dengan semudah-mudahnya iaitu merujuk kepada medan magnet. Kajian kita mendapati Al-Quran menjelaskan otak manusia bekerja dengan menggunakan elektromagnetik (EM), dan ketika membawa data ianya meluncur dan menyerap dengan menggunakan medan magnet.

EM pada kadar rendah (low-level EM) adalah merbahaya kepada sel-sel badan sebab ianya boleh menyebabkan terjana tenaga elektrik (induced current) dan menyebabkan caj-caj kuat (divalent) tertendang keluar dan caj-caj lemah (monovalent) menggantikan lapisan sel.

EM juga bahaya sebab ianya boleh mengganggu dengan komunikasi data sel-sel otak (neuron) sepertimana ianya mengganggu perjalanan (navigation) lebah-madu.

Wallahu A’lam.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.