Reaksi Rakyat Singapura Terhadap Ulasan Mahathir Mengenai Melayu Singapura

Dengan sistem pendidikan yang lebih baik, Melayu Singapura telah mencapai kehidupan yang lebih baik jika dibandingkan dengan kebanyakan kaum Melayu di Malaysia. Kami bekerja keras sehingga tahap hari ini dan tidak pernah terbongkok kepada orang lain untuk mencapai sesuatu kejayaan. Meritokrasi telah menjadi tolok ukur masyarakat kita...

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Di Singapura, kita tidak terbongkok

Saya telah membaca laporan hari Selasa dengan penuh keprihatinan, 'Melayu Malaysia akan terbongkok kepada orang lain sekiranya... ', di mana bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad telah mendakwa walaupun Melayu Singapura menikmati segala faedah kerana hidup di negara yang lebih maju, namun mereka terpaksa 'terbongkok-bongkok' (kowtow) kepada orang lain.

Tun Dr Mahathir harus lebih peka terhadap perasaan Melayu di Singapura.

Sebagai seorang rakyat Singapora berbangsa Melayu, saya kini hidup dan kerja dengan aman bersama-sama dengan rakyat berbilang bangsa di Singapura, saya cukup tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh beliau.

Pemimpin-pemimpin di Singapura telah bekerja keras untuk memupuk perpaduan kaum, toleransi dan saling faham-memahami di antara kaum di Singapura sekian lama lagi. Hari ini, kita telah berjaya untuk hidup dan bekerja bersama seperti sebuah keluarga, dan kita telah menikmati segala manfaat daripadanya dan menjadi salah satu negara yang paling selamat dan maju di persanda dunia.

Pendapat Dr Mahathir terhadap Melayu Singapura iaitu menikmati segala manfaat kerana tinggal di sebuah negara maju adalah tepat, tetapi kami tidak pernah terbongkok kepada orang lain. Singapura yang terdiri daripada pelbagai bangsa merupakan sebuah masyarakat yang sihat dimana kami mempunyai perdebatan dan perbincangan yang sihat dengan kerajaan kita. Keputusan yang diputuskan oleh Kerajaan setelah menerima maklum balas daripada warganya, adalah dihormati oleh semua kerana kita percaya keputusan itu adalah keputusan yang terbaik bagi Singapura.

Melalui sokongan masyarakat dan sikap bekerja-keras, mahasiswa Melayu di Singapura telah mengecapi keputusan yang baik walaupun di mana-mana ujian nasional. Prestasi tersebut telah dirayakan bersama oleh semua rakyat Singapura.

Dengan sistem pendidikan yang lebih baik, Melayu Singapura telah mencapai kehidupan yang lebih baik jika dibandingkan dengan kebanyakan kaum Melayu di Malaysia. Kami bekerja keras sehingga tahap hari ini dan tidak pernah terbongkok kepada orang lain untuk mencapai sesuatu kejayaan. Meritokrasi telah menjadi tolok ukur masyarakat kita. Sistem Merit telah berjaya di Singapura, tetapi ia mungkin tidak dapat dilaksanakan di Malaysia.

Saya selalu menyeberangi selat untuk datang ke Malaysia kerana saya memiliki ramai saudara-mara, teman-teman dan rakan perniagaan dari semua bangsa di Malaysia. Selama bertahun-tahun saya perhatikan, untuk kaum minoriti yang ingin berjaya di Malaysia, mereka terpaksa bongkok kepada orang lain.

Malangnya, Melayu Malaysia sekiranya tidak mempunyai hubungan, atau gagal untuk berkongsi potensi mereka dengan 'orang yang tepat', maka mereka tidak mudah untuk berjaya. Kemungkinan kronisme dan rasuah merupakan masalah utama yang harus dibanteras oleh Dr Mahathir di negaranya sendiri.

Saya, sebagai warga Melayu Singapura, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemimpin saya. Anda telah berjaya untuk menjadikan Singapura sebagai sebuah tempat yang menarik dan terbaik untuk saya dan keluarga saya berhidup secara aman.

Mustaffa Othman


"Seperti orang lain, Melayu Singapura telah bekerja keras untuk membuahkan hasil dalam sistem meritokrasi."

MR AHMAD Abu Bakar: "Saya sangat tidak bersetuju dengan ulasan Tun Dr Mahathir Mohamad itu. Seperti orang lain, Melayu Singapura bekerja keras untuk menikmati manfaat dalam sistem meritokrasi. Mereka tidak dilahirkan dengan hak istimewa, kuota dan peluang yang 'tidak adil'. Lulusan Melayu Singapura dari universiti sebagai doktor, jurutera dan saintis, dapat bertanding dengan orang lain kerana mereka telah berusaha sendiri untuk membuahkan hasil."

"Orang Melayu di Singapura berganding bahu dengan warga Singapura lain. (bangsa lain)"

MR Niaz Mohamed: 'Kemakmuran Singapura merupakan hasil daripada kestabilan dalaman iaitu kehidupan yang harmoni antara bangsa dan antara agama. Seorang bukan Muslim boleh melawat masjid mana saja di Singapura, di mana mereka bukan sahaja akan disambut dengan penuh keramahan, tetapi juga diberi tunjuk. Begitu juga, seseorang dapat mengunjungi rumah ibadah lain jika dia berpakaian sederhana dan akan menerima keramahan yang sama. Orang Melayu di Singapura telah berjaya dalam segala bidang dan berganding bahu dengan rakyat Singapura yang lain."

"Warga Singapura yang terdiri dari latar belakang etnik yang berbeza telah mengharung satu jalan yang jauh sejak tahun 1965."

MR orang Jeffrey Law: 'Sebahagian besar menganggap ulasan Tun Dr Mahathir Mohamad hanya satu retorika politik. Warga Singapura yang terdiri dari latar belakang etnik yang berbeza telah mengharung satu jalan yang jauh sejak tahun 1965, telah memperkenalkan sistem meritokrasi dalam segala aspek: pendidikan, pekerjaan dan status sosial. Apa yang paling penting ialah kemampuan kita untuk menjadi sebuah negara yang maju dalam masa yang singkat kerana usaha bersepadu dan pengorbanan dari semua rakyat Singapura - Cina, Melayu, India dan lain-lain. "

The Straits Times (SINGAPORA)


Original Post: malaysia-today.net

No comments

Powered by Blogger.