Serah memorandum bantah lesen judi, GMJ kesal kenyataan Dr M

KUALA LUMPUR, 15 Jun -Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) hari ini menghantar satu memorandum membantah judi sukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, sekaligus menyatakan pendirian mereka buat kesekian kalinya membantah sekeras-kerasnya pemberian lesen judi tersebut.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid mendesak kerajaan persekutuan supaya menjelaskan status pemberian lessen ini berikutan terdapat kenyataan yang bertentangan daripada perdana menteri dan hartawan Tan Sri Vincent Tan berkaitan kelulusan lesen tersebut.

“Kami membuat pendirian tidak setuju dengan lesen judi sukan. Kami terdiri dari NGO, ahli sukan, bekas ahli politik, ahli politik pembangkang mahupun BN termasuk UMNO Johor. Suara rakyat sudah sangat jelas. Kalau rakyat didahulukan, tunjukkan,” katanya.

Bercakap di lobi Parlimen, Azmi turut membidas kenyataaan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa bantahan banyak pihak terhadap lesen judi hanya bersifat politik semata- mata.

“Kami merasakan kenyataan itu sangat-sangat bertanggungjawab. Secara jelas kami tidak bermotifkan politik. Ada kedangkalan menganalisis mengenai isu lesen judi ini,” katanya.

GMJ juga terkejut apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup mengeluarkan kenyataan pemberian lesen judi sukan ini perlu diterima secara terbuka, kononnya untuk membendung kegiatan itu daripada berleluasa.

Dr Mahathir juga secara liar menuduh kaum Cina gemar berjudi dan boleh menyebabkan kaum Cina tersinggung.

GMJ turut menggesa bekas Presiden UMNO itu untuk berhenti mempertahankan industri judi yang akan meruntuhan akhlak dan sosial rakyat Malaysia.

Sehingga kini, GMJ disokong lebih 60 buah pertubuhan termasuk dari kalangan bukan Islam.

No comments

Powered by Blogger.