Tarik Datuk Jangan Lemah Semangat

DUA darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Chua Jui Meng, yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri dilaporkan telah ditarik balik oleh pihak yang menguerniakan anugerah berkenaan. Sehingga kini tidak ada siapa yang mengetahui apakah sebab musabab kenapa darjah kebenaran itu ditarik balik,

Chua Jui Meng telah mengesahkan yang beliau telah dimaklumkan mengenai perkara itu. Tetapi beliau tidak sedia memberi apa-apa ualasan mengenai kejadian itu. Mungkin selepas beliau selamat menyerahkan dua darjah kebesaran itu beliau akan membuat ulasannya.

Kejadian itu mungkin agak malang bagi Anggota Pimpinan Tertinggin PKR itu namun ianya perkara biasa. Kejadian penarikan balik darjah kebesaran dan bintang adalah perkara biasa. Sultan atau atau Raja-raja berhak menarik balik apa juga darjah dan bintang yang diberikan.

Antara tokoh dan ahli politik yang pernah ditarik balik darjah kebesaran membawa gelaran Datuk ialah bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Hussein Ahmad (Hussein Serama), bekas Ketua Pemuda MCA, Lim Kim Sai, Senator Rosli Ibrahim, dan lain-lain.

Tidak ada siapa yang boleh membantah penarikan balik anugerah darjah kebesaran itu. Ia juga tidak boleh dibawa ke mahkamah untuk mendapat keadilan kerana ia kuasa mutlak sultan atau raja dalam hal itu.

Walaupun dengan penarikan itu boleh menimbulkan persepsi negatif kepada Chua Jui Meng tetapi ianya tidak akan mematahkan semangat Jui Meng dalam perjuangannya. Walaupun gelaran datuk atau anugerah itu boleh menambah nilai peribadi seseorang tetapi penarikan ballik atau penanggalannya tidak akan mengurangkan semangat perjuangan.

Dalam konteks hari ini ialah pejuangan Chua Jui Meng untuk menegakkan keadilan dan kebenaran mengikut terjemahan parti barunya, PKR. Dan apakah penarikan balik itu kerana Chua Jui Meng tidak berada dalam MCA dan BN lagi? Atau ia bertujuan untuk mengendurkan suara lantang Jui Meng yang kini mahu membawa orang Cina agar mengyokong Pakatan Rakyat?

Pihak yang menganugerahkan dan menarik balik darjah kebensaran itu harus adil dan telus dalam tindakannya. Sultan Johor atau mana-mana pihak eloklah menjelaskan sebab musababnya. Dengan membuat penarikan balik itu tanpa menjelaskan sebab dan alasannya ia menyebabkan akan timbul berbagai spekulasi yang mungkin tidak baik kepada pihak-pihak lain.

http://msomelayu.blogspot.com/

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.