Warga Palestin, Israel Kritik Pentadbiran Israel

Keputusan Israel untuk mengurangkan kepungan atas Gaza telah dikritik Palestin yang mengatakan itu tidak cukup dan Israel sebenarnya takut itu akan menguatkan lagi Hamas di wilayah itu. Pentadbiran barat, bagaimanapun, termasuk Amerika Syarikat, telah memuji langkah itu sebagai langkah ke arah yang benar.

Presiden Palestin Mahmud Abbas, yang telah terbatas kuasa di Tebing Barat sejak Hamas merebut kekuasaan di Gaza dan pasukannya digulingkan pada tahun 2007, mendesak Israel sepenuhnya mengangkat kepungan empat tahun di situ.

“Langkah-langkah ini sahaja tidak cukup, dan semua usaha harus diberi untuk meringankan penderitaan rakyat Gaza,” jurucakapnya Nabil Abu Rudeina berkata.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : farah

No comments

Powered by Blogger.