Zahrain Katak Cabar Anwar Pulak. Apa Macam DSAI?
RM2 juta: Bekas MP PKR cabar Anwar dedah bukti
Oleh Clara Chooi
KUALA LUMPUR, 14 Jun — Ahli-ahli Parlimen yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini mencabar bekas ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mendedahkan bukti menerima ganjaran RM2 juta dan kontrak lumayan daripada pihak tertentu.
Dengan diketuai wakil rakyat Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim mengecam kenyataan Anwar yang dibuat ketika membahaskan usul berkaitan dengan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar buat pertama kali mendedahkan wakil-wakil rakyat terbabit dibayar ganjaran menerusi satu kenyataan sehari sebelum Kongres Nasional PKR di Kota Baru dua minggu lalu.
“Secara jujur, kami bosan dan sudah jemu dengan tuduhan-tuduhan beliau. Jika beliau boleh, tunjukkan bukti bahawa kami menerima ganjaran,” katanya.
“Jika beliau tiada bukti, biar tutup mulut... tutup mulut dan bertindak sebagai Ketua Pembangkang Parlimen yang berwibawa,” kata Zahrain pada sidang media di lobi bangunan Parlimen hari ini.
Terdahulu Zahrain, bekas ketua PKR Pulau Pinang mencelah ucapan Anwar di Dewan Rakyat dengan menggesa Penasihat PKR itu akan mengemukakan bukti dokumen yang didakwanya ada pada beliau.
Bagaimanapun Anwar menjawab cabaran itu dengan berkata, beliau ada dokumen yang dimaksudkan tetapi hanya akan mendedahkan pada masa yang sesuai.
“Saya sudah pun memberitahu di luar (Dewan Rakyat), tidak perlu bagi saya untuk mendedahkan di Parlimen,” katanya.
“Saya sudah menjelaskan sebelum ini bahawa apabila tiba masanya, saya akan mendedahkan maklumat tentang orang tengah yang menyediakan berjuta ringgit kepada mereka yang melompat (keluar dari PKR). Saya memberitahu Parlimen bahawa saya akan mendedahkan kemudian,” kata Anwar.
Kenyataan itu mencetuskan pertikaman lidah dengan Zahrain bertegas meminta Anwar mengemukakan bukti.
“Saya mahukan bukti. Bukti anda kemungkinan sama seperti yang anda mendakwa ketika 16 September (pelan mahu mengambil alih kerajaan pusat tetapi tidak jadi),” kata Zahrain lagi.
Kemudian Anwar dengan berseloroh mengucapkan terima kasih kepada Speaker kerana membenarkannya meneruskan perbahasan sambil berkata: “Terima kasih Yang Dipertua. Dan, tahniah... (kepada Zahrain) kerana (ada) kereta baru dan rumah,” kata Anwar dengan disusuli gelak ketawa kalangan anggota Dewan Rakyat.
Zahrain kemudian membidas Anwar kerana gagal membuktikan dakwaannya.
“Apakah masa yang terbaik untuk menunjukkan bukti selain di Parlimen?
“Anwar amalkan politik kebudak-budakkan. Jika beliau ada bukti, saya mencabar agar mendedahkannya... saya mahu lihat (bukti itu),” katanya lagi.
Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, mendakwa pihaknya mempunyai bukti kukuh menunjukkan wakil-wakil rakyat yang meninggalkan PKR ditawar RM2 juta dan kontrak lumayan sebagai ganjaran.
“Kini kita telah memperoleh keterangan kukuh bahawa ahli Parlimen ditawar RM2 juta dan ada juga yang mendapat kontrak kerajaan berjuta ringgit nilainya,” kata beliau.
Kata Anwar, selama ini acapkali “kita mendakwa wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang “melompat” dan bersekongkol dengan Umno-BN di atas nama ‘wakil bebas mesra BN’ diberikan ganjaran wang dan kontrak.”
Sejak awal tahun 2009, 10 orang masing-masing lima Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) telah keluar PKR dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

No comments
Post a Comment