Amaran Obama, bakar al-Quran akan ‘rangsang’ Al-Qaeda
WASHINGTON, 9 Sept - Presiden Barack Obama hari ini memberi amaran rancangan Pastor Terry Jones dari Florida untuk membakar al-Quran akan memberi nafas baru kepada rangkaian Al-Qeada untuk berkembang, sekali gus meningkatkan serangan di Amerika Syarikat dan Eropah.
Sehubungan itu Obama menggesa Jones agar mengkaji semula rancangannya yang akan dilakukan Sabtu ini sempena ulang tahun kesembilan memperingati tragedi serangan pengganas di bumi Amerika.
“Tindakan macam ini satu bonanza bagi Al-Qaeda,” kata Obama dalam program temu bual ABC, “Good Morning America”.
“Anda mungkin berhadapan dengan keganasan serius di tempat-tempat seperti Pakistan atau Afghanistan.
“Ini akan menyebabkan pengambilan individu yang bersedia untuk meletupkan diri mereka di bandar-bandar di Amerika dan juga di Eropah,” katanya. – Reuters

No comments
Post a Comment