Inkues Kematian Teoh Beng Hock Disambung 20 Sept Dan 22 Okt

Mahkamah Koroner di sini, hari ini menetapkan20 Sept dan 22 Okt untuk menyambung prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.

Pada tarikh itu, pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal akan memberi keterangan dan seorang ahli kimia yang juga pakar tulisan tangan turut dipanggil bagi mengesahkah satu nota yang dikatakan milik Teoh.

Koroner Azmil Muntapha Abbas menetapkan tarikh itu pada prosiding hari ini dengan dihadirTimbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abas, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh dan peguam Malik Imtiaz Sarwar bagi kerajaan negeri Selangor.

Ketika prosiding Mohd Abazafree berkata beliau akan memohon supaya seorang jurubahasa Mandarin hadir pada tarikh itu bagi menterjemah kandungan nota itu sebelum dijadikan eksibit dan diserah kepada semua pihak.

Menurutnya permohonan rasmi secara bersurat akan diserahkan kepada koroner secepat mungkin.Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai tahun lepas di Tingkat Lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Tingkat 14 bangunan sama.

No comments

Powered by Blogger.