Khusrin Talam Dua Muka Didakwa Pujuk Nazir Masjid Benarkan Program Umno
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini melabelkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai 'talam dua muka' apabila didakwa menggunakan kuasanya untuk memujuk nazir Masjid Nurul Ehsan di Kampung Medan, Petaling Jaya supaya membenar Umno menggunakan masjid itu untuk satu program bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Justeru itu, Khalid berkata beliau akan mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengambil tindakan tegas terhadap Khusrin yang dianggap sebagai ejen Umno dan bekerja demi kelangsungan dan kepentingan parti itu.
Bercakap pada satu sidang media di pejabatnya petang tadi, Khalid memberitahu Badan Perhubungan Umno Selangor telah menghantar satu surat bertarikh 12 Ogos 2010 kepada nazir masjid untuk menggunakan masjid tersebut yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerja, Badrul Hisham Badrudin.
Tindakan ini kata beliau melanggar titah perintah Sultan Selangor yang melarang supaya masjid atau surau di negeri ini digunakan untuk tujuan politik.
"Saya menerima salinan surat menggunakan kepala surat Umno yang dihantar kepada nazir Masjid Nurul Ehsan untuk meminta kebenaran menggunakan masjid itu untuk majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri.
"Apa yang saya kesalkan adalah tindakan Pengarah Jais yang dilihat telah menyalahgunakan kedudukkannya untuk memujuk nazir masjid itu agar memberi kebenaran kepada Umno melaksanakan programnya.
"Bagi saya sikap Khusrin ini seperti 'talam dua muka' kerana beliau mempunyai kepentingan politik. Sebelum ini beliau mengecam Pakatan Rakyat apabila ada pemimpin menggunakan surau atau masjid untuk bertemu penduduk atau menyampaikan sumbangan tetapi kali ini beliau pula menjadi orang yang paling beriya-iya mendapat kelulusan masjid.
"Tindakan menggunakan surat parti dan platform Umno jelas melanggar titah Sultan Selangor serta bertentangan dengan etika beliau sebagai penjawat awam," jelas Khalid lagi.
Khalid berkata nazir tersebut bagaimanapun enggan meluluskan penganjuran majlis berbuka puasa itu di masjid tetapi membenarkan ia diadakan di kawasan letak kereta dengan menggunakan surat permohonan baru yang tiada kaitan dengan badan politik.
"Apa yang saya tahu, Khusrin masih lagi berusaha untuk mendapatkan persetujuan nazir masjid berkenaan agar program itu dapat diadakan juga. Ini menunjukkan beliau ini adalah sebagai ejen kepada Umno untuk kepentingan politik lapok mereka, bila melibatkan Pakatan Rakyat beliau bising tetapi dengan Umno sanggup merayu sedemikian rupa," tegas Khalid.

No comments
Post a Comment