Anwar: Umno sila jelaskan kepada rakyat
SHAH ALAM, 25 Jan – Pembangkang Selangor yang diterajui Umno perlu menjelaskan kepada rakyat negeri itu sebab mengapa mereka tidak memberikan sokongan kepada usaha Pakatan Rakyat yang mahu mengembalikan kuasa kepada Sultan Selangor, ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pindaan yang diusulkan pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam bagi membolehkan dalam urusan pelantikan Pegawai Kanan kerajaan negeri dikembalikan kepada sultan dengan nasihat Menteri Besar.
Dalam satu sidang media selepas progran Luncheon Talk bersamanya pagi tadi di Shah Alam, Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor itu berkata, kerajaan negeri Selangor hanya mahu mengembalikan kuasa sultan seperti sebelum krisis perlembagaan 1993.
“Saya syukur alhamdulilah dan bangga kerana sekurang-kurangnya kita mengambil inisiatif yang jelas ke arah tersebut… soal Umno tidak bersetuju dia harus jelaskan kepada rakyat apa alasan dia pula,” kata beliau.
Katanya lagi, usul yang dibentangkan semalam oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bukanlah usul baru Pakatan Rakyat (Pakatan) di negeri tersebut, tetapi yang menghairan Anwar, Umno yang tidak putus-putus melaungkan slogan ‘Ketuanan Melayu’ dan hak raja kali ini bertindak sebaliknya menentang usul tersebut.
“Saya ucap tahniah kepada Tan Sri Khalid dan kerajaan negeri, pertama kerana mempersembah kepada Tuanku Rang Undang-Undang tersebut dan cuba memperbetulkan tindakan keterlaluan oleh pimpinan Umno pada 1993. Kita tidak berlebih dari itu, hanya untuk mengembalikan pada tahap kuasa DYMM Raja-Raja Melayu pada tahun 1993,” kata beliau.
Beliau berkata, pendirian Pakatan jelas dalam isu ini, iaitu mempertahankan prinsip Raja Berperlembagaan dan apabila memilih untuk mempertahankan konsep Raja Berperlembagaan, maka kedudukan Raja-Raja turut dimuliakan dan dimartabatkan.
Katanya lagi, kuasa Raja-Raja dan kuasa rakyat dan pimpinannya yang mendapat mandat daripada rakyat dan juga Sultan juga perlu dihormati dan diiktiraf.
“Tetapi untuk menolak sama sekali apa juga kedudukan formal yang dimuliakan seperti yang berkalu pada pindaan perlembagaan persekutuan 1993, tidak akan pertahankan semangat perlembagaan ini. Jadi apa yang dilakukan semalam adalah usaha membetulkan keterlanjuran yang dilakukan oleh Umno pada 1993,” tegas beliau lagi.
Usul semalam gagal apabila 20 wakil rakyat Umno-Barisan Nasional bertindak mengundi tidak menyokong perkara tersebut.

No comments
Post a Comment