Kesian Umno Apabila Dapat kawan Seorang Pelakon Lucah!

Muhyiddin saran MCA henti main isu salam calon PAS

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

LABIS, 24 Jan — Tan Sri Muhyiddn Yassin menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya MCA supaya tidak mengeksploitasikan pendirian calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki.

Kempen BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam Normala yang tidak bersalam dengan lelaki daripada membawa isu-isu rakyat.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

“BN tidak mahu eksploitasi soal-soal begitu. Terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian tas sebab-sebab tertentu.

“Tapi bagi saya, saya tidak mahu nak mengekploitasi peribadi pihak calon. Itu adalah pilihan dia (Normala). Apa pun terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian," kata Timbalan Perdana Menteri pada sidang media selepas mengadakan lawatan bertemu pengundi dan peniaga di Bandar Labis di sini.

Beliau yang juga timbalan pengerusi BN menegaskan isu tersebut dipanjangkan kerana terdapat perkara lain yang perlu diutamakan dalam kempen pilihan raya kecil itu.

"Ada perkara yang lebih pokok yang patut kita lakukan untuk menjelaskan isu, (mengenai) apa komitmen kita untuk membantu rakyat dan pengundi di sini," katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Dalam satu temu bual bersama The Malaysian Insider kelmarin, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari ketiga hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.

Laporan The Malaysian Insider awal pagi ini, mengatakan Mufti Perak Tan Sri Harussani menyifatkan tindakan Dr Chua, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Justeru, Harussani menggesa Dr Chua supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.

No comments

Powered by Blogger.