Pindaan, jalan terbaik elak kekeliruan

SHAH ALAM 24 Jan – Pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor merupakan jalan terbaik bagi menghindarkan kekeliruan dan manipulasi berlaku di masa hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata pindaan tersebut akan menakrifkan dengan jelas kedudukan dan kuasa Sultan Selangor serta kerajaan negeridalam konteks perlantikan pegawai ‘ex-officio’ kerajaan negeri Selangor.

“Pindaan ini jelas meletakkan setiap pihak di tempatnya, iaitu DYMM Sultan Selangor melantik pegawai,kerajaan negeri sebagai penasihat kepada baginda dan SuruhanjayaPerkhidmatan berkenaan sebagai pihak yang membuat perlantikan,” tegas beliau dalam ucapannya di sidang Dun hari ini.

Kata beliau, terdapat segelintir yang cuba mempermainkan peruntukkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dengan menyatakan perkenan Sultan Selangor adalah perlu dan tidak menyatakan bahawa perlu merujuk kepada Menteri Besar.

“Ini yang peliknya, kerana Fasal (1) Perkara 52 pun tidak disebut DYMM Sultan Selangor. Orang ini telah membaca bersama, dua Perkara yang berlainan iaitu Perkara 50 dan Perkara 52. Itulah sebabnya saya menyoal beliau, mengapa tidak baca sekali Perkara 55 yang menghendaki DYMM Sultan Selangor mendapat nasihat dari Majlis Menyuarat Kerajaan (MMKN) yang diketuai YAB Datuk Menteri Besar,” soal beliau.

Katanya lagi, pihak tersebut tidak menyebut Perkara 55 kerana sedar tersilap langkah dalam perlantikan Setiausaha Negeri tanpa merujuk kepada Menteri Besar.

Shuhaimi menjelaskan, peruntukkan undang-undang agar Sultan Selangor mendapatkan nasihat Menteri Besar dalam menjalankan fungsi baginda merupakan kuasa eksekutif yangdiperuntukkan untuk baginda oleh Undang-undang Tubuh kerajaan Negeri Selangor.

“Oleh kerana mentaliti ‘budak suruhan’, maka puak-puak ini sengaja berkomplot membuat pelantikan SUK dengan memperalatkan Istana dan tanpa melibatkan kerajaan negeri. Betapa biadapnya ‘budak-budak suruhan’ ini!” tegas beliau lagi

No comments

Powered by Blogger.