Pro-M UPM tuntut mahasiswa diberikan kuasa adakan pilihan raya kampus
KUALA LUMPUR, 12 Jan — Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) menuntut agar pentadbiran pusat pengajian tinggi itu memberikan “kuasa sepenuhnya” kepada mahasiswa untuk menguruskan pilihan raya kampus.
Pengerusi Pro-Mahasiswa Syed Shafiq Syed Hashim berkata, tuntutan itu dibuat kerana pihaknya sudah hilang kepercayaan terhadap jawatankuasa yang “diamanahkan” untuk menguruskan pilihan raya kampus.
“Kami dari pihak Pro-Mahasiswa UPM menuntut supaya mahasiswa diberi peluang sepenuhnya untuk menguruskan pilihan raya kampusnya sendiri.
“Tuntutan ini dibuat oleh kerana pihak kami sudah hilang kepercayaan terhadap jawatankuasa yang diamanahkan untuk menguruskan pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata tuntutan itu juga dibuat selepas seringkali mendengar pelbagai masalah seperti penyelewengan serta ketidaktelusan yang melibatkan jawatankuasa yang dilantik.
“Saban tahun kita sering mendengar pelbagai masalah seperti penyelewengan serta ketidaktelusan yang melibatkan jawatankuasa yang dilantik bagi menguruskan pilihan raya kampus khususnya daripada para pegawai di Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP)
“Ini berdasarkan kepada beberapa fakta kes yang berlaku pada pilihan raya kampus yang lalu antaranya termasuklah pembatalan semua calon Pro-Mahasiswa UPM di kerusi umum kerana didakwa melanggar tatacara kempen.
“Peraturan kempen yang aneh dan lucu kerana tidak membenarkan mahasiswa untuk berkempen di mana-mana laman sesawang, blog, sistem pesanan ringkas serta media elektronik,” katanya.
Justeru, bagi memastikan kelancaran pilihan raya kampus Syed Shafiq mencadangkan satu jawatankuasa mahasiswa ditubuhkan bagi memantau proses dan perjalanan pilihan raya.
“Satu jawatankuasa di peringkat mahasiswa ditubuhkan yang berfungsi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menguruskan pilihan raya kampus bermula dari pembelian borang, pendaftaran penamaan calon, hari penamaan calon sehinggalah kepada pengumuman keputusan rasmi.
“Badan pemantau bebas dari luar seperti Pemantau Pilihan raya Bersih dan Adil (Mafrel)) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebagai pemerhati dalam pilihan raya kampus,” katannya.
Oleh Syed Mu’az Syed Putra

No comments
Post a Comment