Ungkapan 'balik India': Pegawai Guang Eng minta serah rakaman CCTV
Muhayat Jasmin
GEORGETOWN, 8 Jan: Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik, menafikan beliau mengeluarkan kata-kata rasis bersifat perkauman terhadap pengusaha Restoran Nasi Kandar Aliyar, Syed Kesali Mohamed Aliyar dalam operasi yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada malam Ahad yang lalu.
Mengulas dakwaan yang dilemparkan kepadanya, Ng berkata, sekiranya benar terdapat perkataan rasis yang dikeluarkan oleh beliau terhadap pengusaha tersebut sepertimana yang didakwa, bukti rakaman CCTV yang ada di restoran tersebut sepatutnya dikemukakan sebagai bahan bukti.
Sebelum ini NG yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar didakwa melemparkan ungkapan 'tutup kedai, balik India' kepada pengusaha tersebut dalam satu insiden yang melibatkan anggota penguatkuasa MPPP serta beberapa individu lain.
Ekoran dakwaan tersebut, Ng telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pattani, semalam.
"Laporan ini meminta supaya pihak polis membuat siasatan terhadap dakwaan fitnah yang dilemparkan oleh pengusaha restoran tersebut dan Pengerusi Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed.
"Tindakan ini adalah bagi membuktikan bahawa DAP bukan sebuah parti perkauman sepertimana yang difitnah oleh sesetengah pihak. Manakala segelintir dari mereka yang terlibat ini berniat jahat dan cuba untuk menjadikan isu ini sebagai mainan politik murahan mereka, " ujarnya.
Ng juga meminta pengusaha tersebut supaya segera menyerahkan rakaman CCTV yang ada sebagai bukti kepada pihak polis bagi memudahkan siasatan terhadap dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.
"Sekiranya saya tidak membuat ungkapan tersebut, maka pihak polis harus mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba membuat dakwaan palsu dengan niat jahat dan berunsur perkauman itu," tegasnya lagi.

No comments
Post a Comment