FRU ganggu program ‘Walk For Justice’ di Water Front Kuching
SARAWAK: Polis Simpanan Persekutuan (FRU) bersama ratusan anggota mengganggu program ‘Walk For Justice’ anjuran Wanita KEADILAN Sarawak bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia ke-100 pada 8 Mac lalu, kata Ketua Wanita KEADILAN Sarawak, Nurhanim Mokhsen.
“Program dirancang sudah lama dan kami memohon permit dua minggu sebelum program berlangsung pada 8 Mac di Water Front Kuching. Malangnya, permit tidak diberi.
“Sebaliknya, kami ‘disambut’ dengan trak FRU bersama ratusan polis yang lengkap dengan perisai, belantan dan cota,” katanya kepada Keadilandaily.
Beliau berkata, program bertujuan menyemarakkan kesedaran rakyat mengenai hak wanita, bermula seawal 8.30 pagi sebelum polis kira-kira dua jam kemudian, mengancam supaya ia ditamatkan serta-merta.
“Bagaimanapun, syabas dan tahniah kepada seluruh warga Sarawak yang berani hadir ke program termasuklah kaum lelaki dan berharap momentum kesedaran terus meningkat,” katanya.
Ratusan rakyat pelbagai kaum dari seluruh Sarawak hadir memeriahkan sambutan itu dengan berjalan kaki sejauh 100 meter dan melepaskan 100 belon ke udara.
Jarak 100 meter dan bilangan 100 belon adalah simbol 100 Tahun Hari Wanita Sedunia. Turut serta ialah Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Zuraida Kamaruddin dan pimpinan KEADILAN negeri.

No comments
Post a Comment