Dua pegawai SPRM soal siasat Teoh tiada kuasa
KUALA LUMPUR, 9 Mac – Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus tidak mempunyai kuasa untuk menyoal siasat mana-mana saksi termasuk Teoh.
Perkara itu timbul apabila peguam Edmund Bon dari Majlis Peguam mempersoalkan tindakan Mohd Ashraf dan pegawai SPRM dari Ibu Pejabat Putrajaya Arman Alias menyoal siasat Teoh sedangkan mereka tiada kuasa untuk berbuat demikian mengikut Seksyen 30(8), Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.
Edmund turut memaklumkan Mohd Ashraf pernah memberi keterangan kepada Jawatankuasa Aduan SPRM dan mengakui tidak mengetahui hasil siasatan yang dijalankan oleh jawatankuasa aduan itu terhadapnya.
Ketika disoal Edmund, apakah perasaannya jika hasil siasatan itu mendapati beliau tidak mempunyai kuasa untuk menyoal siasat Teoh, Mohd Ashraf berkata: “Saya rasa saya ada kuasa untuk menyoalnya.”
Saksi ke-20 dalam prosiding siasatan suruhanjaya itu juga tidak bersetuju dengan cadangan Edmund bahawa Seksyen 30(8) akta tersebut memperuntukkan pegawai pemeriksa perlu merekodkan kenyataan bertulis semasa soal siasat dilakukan.
Mohd Ashraf tidak bersetuju bahawa tindakannya tidak merekodkan kenyataan secara bertulis itu dianggap menyalahi undang-undang.
Kepada soalan Edmund apakah tindakan Mohd Ashraf hari ini sekiranya jawatankuasa aduan itu menyatakan beliau dan Arman tidak mempunyai kuasa untuk menyoal siasat saksi seperti Teoh tetapi majikan (SPRM) yang mengarahkannya berbuat demikian, Mohd Ashraf berkata:
“Kalau hari ini, saya tidak akan buat (soal saksi) dengan arahan majikan sekiranya saya tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.”
Saksi itu turut memaklumkan bahawa terdapat aduan dibuat terhadapnya yang didakwa menggunakan kekerasan semasa menyoal siasat saksi ataupun suspek tetapi beliau tidak ingat berapa aduan yang dibuat terhadapnya.
Jawapan Mohd Ashraf itu kemudiannya mendapat reaksi daripada pengerusi suruhanjaya Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang menyoal sama ada beliau tidak ingat ataupun sengaja buat-buat tidak ingat.
“Kamu katakan kamu tidak ingat, tetapi boleh kami (suruhanjaya) beri ingatan kepada kamu berapa kali aduan itu dibuat atau kamu dengan sukarela ingin memberitahu kami... saya rasa ada 9 aduan dibuat terhadap kamu,” katanya.
Mohd Ashraf menjawab:”Saya tidak ingat.”
Di awal prosiding, Mohd Ashraf memberitahu tindakannya tidak pulang ke rumah selepas selesai menyoal siasat Teoh pada 12.40 pagi, 16 Julai 2009 adalah kerana tempat parkir kereta di rumahnya penuh. Oleh itu beliau membuat keputusan untuk berehat di dalam biliknya di pejabat SPRM.
“Saya tinggal di rumah flat di Seksyen 7, Shah Alam dan kebiasaannya parkir kereta memang penuh. Jadi saya ambil keputusan untuk tidur di pejabat sebelum pulang ke rumah dalam pukul 5 pagi.
“Kebiasaannya antara pukul 5 pagi hingga 7 pagi, kawasan parkir kereta lengang kerana semua penghuni flat pergi kerja,” katanya.
Sementara itu, Foong turut mengarahkan pegawai penyiasat untuk membuat pemeriksaan ke kawasan perumahan di Seksyen 7 untuk melihat sama ada parkir kereta di flat itu penuh ataupun tidak seperti dakwaan Mohd Ashraf.
Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Selain Foong, Suruhanjaya Siasatan itu turut dianggotai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S. Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Januari lepas, antara lain bagi menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ‘keputusan terbuka’ berhubung kes itu. – Bernama

No comments
Post a Comment