Kabinet Bayangan Satu Kemestian
Oleh Muhamad Nadzri Mohamed Noor
Keputusan belasan Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas PRU 2008 menterjemahkan dinamik baru politik Malaysia. Meskipun sistem dua parti semakin kukuh, namun keputusan pilihan raya nampaknya semakin sukar untuk diramalkan. Beberapa kelompok mahukan perubahan, beberapa kelompok lain pula mahukan “kestabilan”. Ada pula yang bersikap tunggu dan lihat, ikut-ikutan atau mungkin juga kurang kepedulian.
Jika beberapa siri awal dan pertengahan PRK selepas PRU 2008 didominasi oleh Pakatan Rakyat(PR), siri PRK mutakhir ini pula dikuasai oleh BN. Mungkin ada yang bertanya, di mana perginya “gelombang politik baru”? Adakah gelombang itu tenggelam dek gelombang balik? Apakah “sebenarnya” kemahuan masyarakat? Ke manakah sebenarnya hala tuju Malaysia selepas PRU ke 13? Penganalis, pemimpin dan orang ramai yang berminat dengan politik mungkin bingung memikirkan fenomena ini
Sebenarnya keputusan beberapa siri PRK yang rencam ini memerlukan kita untuk mengiktiraf bahawa realiti politik Malaysia kini adalah lebih kompleks dan dinamik. Justeru kita perlu lebih berhati-hati dan reflektif dalam “menangkap” atau menterjemah realiti itu. Dinamika persekitaran nasional harus diperhatikan sebaiknya bersama konteks lokal. Malah, dalam sesetengah pilihan raya, faktor lokal mungkin lebih penting daripada faktor nasional (dan begitu juga sebaliknya).
Justeru, dalam menginterpretasi kejayaan BN di Kerdau dan Merlimau, kedua-dua konteks lokal dan nasional perlu diperhalusi. Dari sudut lokal dan historikal, BN nampaknya telah lama bertapak dengan baik di kedua-dua kawasan PRK itu. Oleh itu, persepsi akan kepimpinan yang baik dan keprihatian kerajaan BN melalui pelbagai tindakan, sumbangan dan bantuan mungkin telah terbentuk di kalangan ramai. Kedudukan kawasan itu juga masih terhad dari arus pembangunan , ini mungkin mendorong masyarakat tempatan untuk meletakkan aspek pembangunan lebih tinggi daripada aspek lain. Beberapa temubual yang dilakukan terhadap pengundi oleh pengamal media di kedua-dua kawasan itu juga memperlihatkan bahawa isu pembangunan setempat adalah perkara pokok yang menjadi perhatian mereka. Oleh itu, projek pembangunan, faedah dan sumbangan kerajaan BN yang telah diumum dan disalurkankan semasa PRK itu berlangsung bukan sahaja nampak sukar untuk ditolak, tetapi mungkin juga mengukuhkan lagi imej keprihatian kerajaan terhadap rakyat.
PR selepas PRU 2008 bukan lagi sekadar opposisi, tetapi juga alternatif kepimpinan yang berpengaruh dan merupakan kerajaan di empat buah negeri. PAS, DAP dan PKR bukan lagi pembangkang kecil. Hampir setiap ucapan dan tindakannya menjadi perhatian umum dan parti. Jika sebelum PRU 2008 parti oposisi kekurangan track record untuk dinilai dan dikritik umum, kini tidak lagi. Pelbagai isu politik dan kepimpian dalam pakatan parti oposisi semakin mendapat perhatian umum. Akhir-akhir pemimpin PR khasnya Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Lim Guan Eng mengalami tekanan yang hebat dari pemimpin BN dan media arus perdana. Isu-isu yang dibangkitkan nampaknya bukan sahaja berjaya mengukuhkan sokongan penyokong tegar BN terhadap parti itu, tetapi juga Berjaya menimbulkan keresahan dan keragu-raguan dikalangan sebahagian pengundi atas pagar dan dan penyokong PR.
Meskipun telah melakukan beberapa perubahan khususnya dari sudut praktik, mungkin terdapat beberapa perkara fundamental yang perlu diberikan perhatian oleh PR. Bulan lalu, PM Najib Razak mengkritik PR kerana tidak berupaya membentuk satu kabinet bayangan sebagaimana di negara-negara maju. Pada saya, kritikan ini adalah satu maklumbalas penting yang perlu diperhalusi sebaik-baiknya. Masyarakat Malaysia masih ramai yang sangsi dan berhati-hati dengan PR, termasuklah penyokong parti dalam PR. Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah bentuk kerajaan PR jika diberi mandat untuk menduduki Putrajaya? Adakah akan diketuai (PM) atau dikuasai (Kabinet) oleh DAP ,PAS atau PKR? Adakah perkara penting dalam Perlembagaan akan diubah?Bagaimana nasib Melayu dan etnik lain?
Pada hemat saya, penubuhan kabinet bayangan adalah satu perkara yang terpenting buat PR buat masa ini. Ia sangat penting bagi mencerahkan kekaburan dan memberikan keyakinan kepada penyokong PR khasnya dan masyarakat Malaysia umumnya. Dengan adanya kabinet bayangan, masyarakat secara umumnya boleh mengagak bagaimanakah bentuk aturan dan corak pemerintahan sekiranya mandat diberikan kepada PR.

No comments
Post a Comment