Kitab Injil BM: Meskipun Kabinet benar, naskhah di Klang subjudis
Oleh Shannon Teoh
KUALA LUMPUR, 16 Mac — Kekeliruan baru tercetus berhubung keputusan Kabinet membenarkan kitab-kitab Injil dalam Bahasa Malaysia dibawa keluar berikutan pendirian Datuk Seri Nazri Aziz hari ini bahawa 5,100 naskhah yang dirampas di Pelabuhan Klang kekal tidak sah di bawah enakmen Islam Selangor.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa 30,000 naskhah Alkitab yang ditahan di Pelabuhan Kuching boleh dibawa keluar memandangkan tiada enakmen di Sarawak yang menghalang penggunaan perkataan “Allah” oleh kalangan bukan Islam dalam penerbitan mereka.
“Ini kerana di Selangor dan negeri-negeri lain di Semenanjung, selain Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, ada enakmen yang menghalang penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam,” kata beliau.
Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) yang menghalang penggunaan kalimah “Allah” sama ada secara lisan ataupun bertulis.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Rengas berkata, tindakan membenarkan kitab-kitab Injil itu dibawa keluar dari Pelabuhan Klang akan dilihat sebagai subjudis kepada permohonan rayuan Peguam Negara berhubung kes penggunaan kalimah “Allah” oleh akhbar The Herald.
Rayuan itu dibuat awal tahun lalu.
“Oleh itu, ia tiada kesan ke atas Sarawak,” kata Nazri.
Semalam, pentadbiran Najib bersetuju membenarkan pengeluaran dan pengedaran secara terhad dan terkawal kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Kuching Sarawak, dan Pelabuhan Klang, Selangor.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dalam satu kenyataan berkata langkah kerajaan ini adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kitab itu mesti dicop dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian sahaja”.
“Sejak peruntukan undang-undang itu digunakan pada tahun 1982, tiada sebarang masalah atau isu yang timbul dengan pelaksanaannya,” katanya.
Selain itu, Idris berkata kajian teliti oleh Jabatan Peguam Negara juga mendapati pengeluaran kitab-kitab itu tidak akan mengangggu dalam prosiding mahkamah berkaitan penggunaan kalimah “Allah”.
“Oleh itu, dalam konteks berikut kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku kitab Injil tersebut,” katanya.
Sehubungan itu Nazri juga berkata, Kabinet hanya akan memutuskan Jumaat ini bagaimana hendak berurusan dengan 5,100 naskhah kitab Injil yang ditahan di Pelabuhan Klang memandangkan “kami akan melanggar undang-undang jika kami lakukannya sekarang.”

No comments
Post a Comment