Mahkamah perlu bebas dari bayangan politik

KUALA LUMPUR: Mahkamah perlu bebas dari bayangan politik ketika mengendalikan kes melibatkan ahli politik termasuk dalam kes Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno, kata peguam, Yusmadi Yusoff.

“Kita mahukan satu kaedah yang jelas tanpa bayangan politik dalam badan kehakiman kerana melambangkan tindak-tanduk sebenar badan kehakiman,” kata kepada KeadilanDaily.

Yusmadi kesal kerana banyak wujud dwistandard atau berat sebelah dalam kes melibatkan individu politik dan memberi kesan keyakinan negatif terhadap masyarakat umum.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Seremban, Amran Jantan Mustafa Amran membebaskan dua dari tiga pertuduhan rasuah terhadap Adun Lenggeng, Mustafa Salim.

Adun Lenggeng, Mustafa Salim didapati bersalah menerima suapan RM2,000 daripada seorang kontraktor bertujuan mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Mustafa ‘terlepas’ dua lagi tuduhan menerima rasuah daripada M Manimaran untuk tujuan sama.

Malah, keputusan berkaitan hukuman yang dijatuhi terhadap Adun Umno petang semalam, ditangguh kepada 1 April ini, hingga menimbulkan desas desus ia adalah usaha awal bagi mengelak pilihan raya kecil (PRK).

Ia berikutan tarikh akhir untuk mengadakan PRK ialah 25 April.

No comments

Powered by Blogger.