Hanya mereka yang makan cili terasa pedasnya, kata Anwar
KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbandingan yang dibuat pimpinan Pakatan Rakyat mengenai situasi di Timur Tengah dan Afrika Utara bertujuan agar kerajaan Malaysia di bawah Umno Barisan Nasional (BN) mengambil iktibar dan melakukan tuntutan perubahan.
“Sebenarnya apa yang Pakatan Rakyat lakukan sekadar mengingatkan kerajaan agar mengambil iktibar akan beberapa persoalan mendasar yang menjadi punca kemarahan penduduk di Libya, Mesir dan Tunisia misalnya.
“Apakah peringatan yang diungkapkan kita agar kekayaan jangan hanya tertumpu kepada segelintir manakala masih ramai yang terpaksa membanting tulang untuk sesuap nasi itu suatu usaha meniup kebencian?
“Apakah usaha kita mendedahkan betapa 1.36 juta (34 peratus) dari 4 juta pekerja di Malaysia dibayar kurang dari RM700 sebulan, manakala 40 peratus dari keseluruhan rakyat Malaysia hanya menikmati pendapatan isi rumah kurang dari RM1500 itu suatu usaha hasutan,” kata Anwar di blognya hari ini.
Beliau mengulas demikian berikutan laporan media arus perdana hari ini berhubung amaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin kepada Pembangkang supaya tidak bermain api dengan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah.
Mengulas lanjut, Anwar menegaskan, hanya mereka yang memahami demokrasi itu sekadar pilihan raya lima tahun sekali menganggap usaha mengungkapkan kebenaran sebagai suatu hasutan.
“Nah sekarang apa bezanya propaganda diktator di sana dengan regim Umno BN di sini? Ternyata yang menghasut dan meniup kebencian adalah pimpinan Umno BN, bukannya Pakatan Rakyat.
“Hampir setiap hari tohmahan dilemparkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat seumpama agen pengkhianat dan agen asing.
“Modus operandi yang sama digunakan oleh diktator di Mesir dan Libya terhadap penentangnya (sebelum ini),” ujar beliau.
Bezanya di Malaysia, kata Anwar regim pemerintah berusaha menghalang kemaraan perubahan dengan fitnah liwat.
“Persoalannya mengapa pimpinan Umno BN begitu gusar dengan perubahan yang melanda Timur Tengah dan Afrika Utara sekiranya negara kita tidak berhadapan dengan permasalahan tersebut.
“Oleh kerana terlalu takut, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak, sepertimana yang dilaporkan National Review, sanggup meragui ulama terkenal, Sheikh Yusuf al Qaradawi serta menuduh gerakan Ikhwan al Muslimun masih terbabit dengan keganasan.
“Apa yang pasti, laungan mahu melaksanakan perubahan oleh pimpinan Umno hanya sekadar kosmetik politik,” tegas Anwar.
Rakyat Malaysia jelas beliau kian sedar bahawa pengumuman demi pengumuman yang dibuat kerajaan hanya memberi manfaat segelintir kecil kroni elit yang rapat dengan pemimpin Umno BN.
“Justeru kepada pemimpin Umno BN yang mengeluarkan amaran itu, saya ingatkan mereka, ‘Hanya mereka yang makan cili terasa pedasnya’,” jelas Anwar.

No comments
Post a Comment