Malaysia Boleh, Gaddafi Tak Boleh!
Oleh Nurul Izzah Anwar
Kebangkitan semula demokrasi di dunia Arab menggamit imaginasi saya sekali lagi apabila berdepan rakyat Libya di pekarangan kedutaan negara itu Jumaat lalu.
Mereka melaungkan ‘Malaysia Boleh, Gaddafi Tak Boleh’ dengan penuh semangat, bersama kami yang turut berada di sana untuk menyerahkan memorandum menuntut agar pembunuhan rakyat Libya dihentikan oleh Muammar Ghaddafi.
Angin perubahan ini sering menjadi topik perbualan semasa dan bahan ceramah politik. Berlatarbelakangkan perjuangan rakyat yang lapar, miskin dan sengsara, lantas memaksa anak-anak muda turun ke jalan raya bagi menyingkirkan Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir.
Terbaru, proses yang sama terjadi di Libya – menantikan kejatuhan Ghaddafi.
Benar, kadar pengangguran Malaysia tidak setinggi negara-negara yang mengawal ketat setiap gerak-geri rakyatnya itu. Bagaimanapun, di sebalik laungan ‘Malaysia Boleh, Ghaddafi Tak Boleh’, ia memberi makna yang begitu mendalam buat saya.
Walaupun terdapat perbezaan, petanda yang menjurus kepada ledakan revolusi di negara-negara Timur Tengah ada yang mirip dengan negara kita.
Ya, tidak semestinya rakyat Malaysia perlu turun ke jalan raya untuk mendesak perubahan. Namun, semestinya rakyat hilang keyakinan sepenuhnya terhadap sistem demokrasi.
Buktinya dalam pilihan raya umum lalu, RM 2.4 juta dibazirkan melalui dakwat kekal yang dibatal penggunaannya pada saat akhir. Ini diakui sendiri oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam forum kelolaan Bersih 21 Januari lalu, bahawa SPR terpaksa tunduk kepada Kabinet.
Menilai SPR saja, sudah timbul tanda-tanda yang boleh menyebabkan rakyat hilang keyakinan dengan sistem demokrasi Malaysia. Bagaimanapun, keyakinan wajib dijana terhadap sistem demokrasi bagi membolehkan perubahan dibawa melalui sistem pilihan raya adil dan bebas.
Oleh sebab itulah saya mahu petanda-petanda seperti kebangkitan di negara Arab ini ditangani.
Malaysia lebih dahulu mengenali demokrasi berbanding negara-negara Timur Tengah. Tetapi status ini tidak memberikan makna, sekiranya hari demi hari sistem yang diperkenalkan untuk menjamin kebebasan dirosak dan dirobohkan demi mengekalkan elit pemerintah di tampuk kekuasaan.
Sama seperti negara-negara yang berhadapan dengan kebangkitan, Malaysia turut menunjukkan sikapnya sebagai negara polis. Kawalan terhadap pelbagai institusi seolah-olah seperti cengkaman kuku besi terhadap rakyat, sehingga ada yang menjustifikasikan Malaysia sebagai negara polis.
Takrif negara polis ialah sebuah kerajaan yang menekan sebarang aktiviti sosial, ekonomi dan politik dengan menggunakan polis atau institusi lain ke atas rakyatnya.
Ini berbeza dengan negara yang demokratik dengan sistem pilihan raya dan media yang bebas. Penghormatan kepada doktrin pemisahan kuasa, kesaksamaan sistem kehakiman dan kebebasan sivil dengan fungsi kerajaan bersama polis yang berkhidmat untuk melindungi warganya.
Sebagai ahli politik pembangkang, saya melihat takrifan negara polis ini melalui tindakan yang berat sebelah dan jelas memihak kepada parti pemerintah.
Pihak polis pantas bertindak ke atas mereka yang mahu berhimpun secara aman. Sedangkan, hak untuk berhimpun yang sebenarnya dijamin oleh perlembagaan langsung tidak dihormati.
Mereka yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan sentiasa takut dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan untuk menahan seseorang tanpa bicara.
Pada tahun 2008, kita dapat lihat bagaimana akta ini digunakan untuk menahan ahli politik pembangkang dan wartawan yang sewenang-wenangnya dituduh sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
Malaysia tidak bersikap seperti negara polis dalam masa singkat. Kerosakan sistem ini berlaku secara beransur-ansur dan kini sudah terpahat dalam sistem pentadbiran negara. Untuk memulihkan kembali adalah satu tugas yang berat.
Bagi saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, usaha membina negara yang demokratik dan berdaya saing ialah melalui transformasi politik.
Saya sebutkan sebelum ini mengenai keperluan Dewan Rakyat untuk meluluskan Rang Undang-undang Pemulihan Demokrasi dan ia perlu mendapat sokongan termasuk Ahli Parlimen Barisan Nasional.
Sekiranya Mesir yang diperintah dengan undang-undang darurat selama 30 tahun pun boleh menghapuskannya, apatah lagi Malaysia. Kita sedang menyaksikan berkuatkuasanya Perisytiharan Darurat selama 47 tahun !
Justeru, saya menyeru agar Akta Pemulihan Demokrasi yang akan menarik semula Perisytiharan Darurat disambut semua Ahli Parlimen BN yang cintakan keamanan dan kebebasan tanah air.
Ketika Tunku Abdul Rahman membaca Pemasyhuran Kemerdekaan, Almarhum menjanjikan negara ini kekal merdeka dan berdaulat berdasarkan kebebasan dan keadilan.
Serta sentiasa menjaga serta mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.
Negara ini bermula dengan kebebasan. Kemerdekaan dicapai dalam suasana pasukan keselamatan kita bergadai nyawa untuk menjamin kebebasan ekonomi dan politik warganya.
Marilah kita sama-sama memastikan kembali bebas tanpa perlu rakyat ke jalan raya. Hanya bersuara menerusi pilihan raya barulah laungan Malaysia Boleh itu mencapai maknanya sebenar!

No comments
Post a Comment