Maka Terbang Lah Najib Bersama Isteri Ke Luar Negara Lagi. Berapa Agaknya Duit Rakyat Yang Habis?
Najib tiba di Canberra untuk lawatan rasmi ke Australia
CANBERRA 2 Mac — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Rabu untuk lawatan rasmi tiga hari ke Australia.
Ia merupakan lawatan kali pertama beliau ke Australia, sejak menjadi Perdana Menteri pada April 2009, dengan jadual yang ketat semasa di Canberra dan Melbourne.
Dalam lawatan ini, Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek dan juga para pegawai kanan.
Pesawat khas yang membawa Najib dan rombongannya mendarat di Defense Establishment Fairbain di sini pada kira-kira pukul 9.35 malam (6.35 petang waktu Malaysia).
Ketibaan Najib disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Salman Ahmad.
Turut menyambut Najib ialah Menteri bagi Perkhidmatan Awam dan Integriti, Gary Grey, yang mewakili Perdana Menteri Australia, Julia Gillard. - Bernama

No comments
Post a Comment