MP Kuantan: Jangan beri Lynas lesen proses tanah jarang
KUALA LUMPUR, 15 Mac — Seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat hari ini menggesa agar kerajaan tidak sama sekali mengeluarkan lesen operasi memproses tanah jarang kepada syarikat dari Australia, Lynas Corporation — isu terbaru yang menjadi polemik sejak minggu lalu.
Sehubungan itu Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia perlu mengambil tindakan tegas tidak mengeluarkan lesen operasi kepada syarikat berkenaan.
Loji itu terletak di Gebeng, berhampiran dengan Kuantan.
“Saya tegaskan di sini bahawa apa yang terbaik patut dilakukan oleh AELB ialah hentikan segala niat untuk keluarkan lesen operasi memproses tanah jarang kepada Lynas,” kata beliau ketika membahaskan usul titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Naib Presiden PKR ini, loji Lynas kini masih dalam binaan dan belum bermula operasi sehingga penggal terakhir tahun ini.
Oleh itu kata beliau, AELB masih sempat “balik ke pangkal jalan” dan buat keputusan yang terbaik demi rakyat.
Tengah hari tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak pasti sama ada kelulusan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng dekat Kuantan itu telah diberikan kepada sebuah syarikat di Australia.
“Kami faham penduduk bimbang tetapi beberapa syarat mesti dipatuhi seperti soal keselamatan dan alam sekitar.
“Jadi agensi-agensi yang relevan mesti kaji sebelum satu keputusan dibuat. Sama ada ia sudah dibuat keputusan atau tidak, saya tidak pasti,” katanya.
Minggu lalu, akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT) melaporkan pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang yang paling besar di dunia.
Loji bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh Lynas Corp dan pihaknya akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.
Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980-an.
Sehubungan itu Fuziah juga menyoal “adakah kita mahu tunggu ada kes seperti di Bukit Merah, ada anak pekerja yang lahir cacat, abnormal, baru kita mahu bertindak?”
“Adakah nyawa dan keselamatan rakyat Kuantan begitu tidak berharga kepada kerajaan Malaysia?” kata wakil rakyat penggal pertama ini.
Fuziah berkata, pada ketika ini, kebanyakan rakyat Kuantan sudah pun menyedari risiko yang dibawa oleh loji Lynas ini dan sedang bangkit untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka.
“Sekiranya selama ini pihak Mosti, kerajaan tempatan mahupun Lynas mampu memperkecilkan isu ini dengan membuat ‘latihan PR’, kini tidak lagi,” katanya.
“Selaku wakil rakyat di Kuantan usaha saya membela keselamatan rakyat Kuantan akan saya teruskan sehinggalah loji pemprosesan Lynas yang kini dalam binaan ditutup dan kita hantar mereka balik ke Australia,” katanya lagi.
Beliau menambah, jika mereka terdesak sangat mahu memproses tanah jarang, “buatlah loji pemprosesan di negara mereka sendiri.”
Sehubungan itu kata Fuziah beliau mahu AELB agar menghentikan serta-merta segala usaha yang menjurus kepada pengeluaran lesen kepada Lynas untuk beroperasi.
“Malah pada saya isu ini tidak seharusnya timbul untuk dibahaskan kerana kerajaan Malaysia sepatutnya sudah awal-awal lagi menolak projek yang tidak mendatangkan manfaat serta tidak membawa keuntungan serta faedah didalam semua aspek kepada negara ini,” katanya lagi.

No comments
Post a Comment