Ops Piramid: Malaysia belanja RM50 juta
KUALA LUMPUR, 8 Mac — Kos keseluruhan bagi operasi pemindahan rakyat Malaysia dari Mesir menjangkau RM50 juta, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini.
Beliau berkata jumlah itu meliputi kos operasi tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia, tambang untuk penuntut Malaysia dari Jeddah dan tempat-tempat lain dengan penggunakan pesawat komersial.
“Kos itu juga meliputi pembiayaan makan minum dan tempat tinggal rakyat Malaysia di Jeddah dengan kerjasama Tabung Haji,” katanya (gambar) menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mohamed meminta penjelasan mengenai jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir baru-baru ini dan apakah status terkini hubungan dua hala Malaysia dan Mesir.
Anifah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam Ops Piramid itu termasuk kerajaan Arab Saudi, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pertahanan, Tabung Haji dan MAS serta syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang memaklumkan bersetuju menanggung segala kos operasinya sebagai tanggungjawab sosial korporat dalam operasi berkenaan.
Mengenai hubungan dua hala Malaysia-Mesir, Anifah berkata Malaysia akan terus menjalin hubungan diplomatik dengan negara itu di dalam usaha memelihara kepentingan politik dan ekonomi negara serta menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang berada di sana.
Katanya Malaysia berpandangan bahawa pergolakan politik di negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara antara lain disebabkan oleh masalah politik dan sosioekonomi dalaman akibat daripada peningkatan kadar pengangguran, kemiskinan, kadar inflasi yang tinggi serta ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan negara.
Katanya pergolakan politik di negara-negara berkenaan sekiranya berlanjutan akan memberi kesan ke atas ekonomi Malaysia dan dunia akibat kenaikan harga petroleum di pasaran global.
“Dalam hal ini, kerajaan akan terus memantau keadaan di rantau tersebut untuk memastikan kepentingan negara daripada segi politik dan ekonomi terjamin,” katanya. — Bernama

No comments
Post a Comment