Parlimen: Saifuddin wakili Ketua Pembangkang bahas titah Diraja

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail akan mengambil slot untuk membahaskan titah Diraja bagi mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pagi ini saya ada menerima e-mel dari Datuk Seri Anwar daripada
mahkamah (Jalan Duta). Kalau sempat petang ini, saya akan bahas, jika
tidak esok,” jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi.

Beliau berkata, tidak timbul persoalan pelantikan Ketua Pembangkang,
kerana ia merupakan agenda bagi membahaskan titah Diraja.

“Majlis Presiden Pakatan Rakyat memutuskan, tidak ada pemilihan Ketua
Pembangkang,” ujar Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sidang Dewan Rakyat di Parlimen bermula semalam tanpa kelibat Ketua
Pembangkang kerana digantung enam bulan tanpa dibenar membela diri.

Ketua Umum KEADILAN itu digantung selepas membuat pendedahan berkaitan
peranan Apco Worldwide dan kaitannya serta persamaan slogan Satu
Malaysia dan One Israel.

Turut digantung ialah Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Ahli
Parlimen Subang, R Sivarasa dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal
Singh, semuanya digantung tanpa sebarang perbahasan.

Sidang Dewan Rakyat Penggal Ke-4 pagi semalam itu dirasmikan Yang Di-
Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Mahmud Al-
Muktafi Billah Shah.

No comments

Powered by Blogger.