Pekerja Ladang Bukit Jalil gesa DBKL tarik balik notis pengosongan
KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Ladang Bukit Jalil menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik notis pengosongan tempat tinggal mereka sekarang sebelum aktiviti perobohan dijalankan 15 Mac ini.
Perkara ini dibangkitkan wakil penduduk menerusi peguam mereka Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers For Liberty (LFL).
Menurut Fadiah, notis yang dihantar oleh DBKL bertarikh 1 Mac lalu itu tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang di bawah Seksyen 7(2) Akta Relif Spesifik 1950.
“Merujuk kepada surat itu, DBKL sebenarnya memaksa supaya penduduk berpindah keluar dari tapak mulai tarikh notis diterima sehingga 14 Mac ini dan sekiranya tidak mematuhi, mereka akan mengambil tindakan penguatkuasaan pada hari perobohan tersebut.
“Sekiranya kerajaan tetap mahu merobohkan rumah penduduk, kami akan membawa perkara ini ke mahkamah kerana tindakan DBKL tidak sah,” kata Fadiah dalam sidang media di pejabat Majlis Peguam dekat sini hari ini.
Bagaimanapun, mesyuarat bersama Menteri dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Datuk M Sarvanan serta Menteri Sumber Manusia, Datuk Subramaniam pada 1 Mac lalu tidak berhasil kerana suara mereka tidak didengar malah pihak terbabit cuba menafikannya.
“Pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan bercanggah di mana wakil penduduk Ladang Bukit Jalil sebenarnya tidak bersetuju mengenai isu pampasan yang ditawarkan sebelum ini. Perkara yang ingin kami tekankan adalah mengenai hak-hak penduduk yang telah lama menetap di ladang tersebut,” ujar Fadiah.
Hadir sama, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang diwakili S Arutchelvan turut menuntut kerajaan supaya memberi hak kepada penduduk ladang tersebut.
“Kami membantah tindakan kerajaan yang melakukan pengusiran peneroka-peneroka bandar yang mendiami lebih kurang 80 tahun kerana melibatkan pencabulan hak asasi manusia.
“Di sebalik arahan daripada kerajaan, kami mendapat tahu bahawa syarikat Bukit Jalil Development Sdn Bhd akan mengambil alih dan saya tidak menolak wujudnya syarikat ini untuk mengaut keuntungan sahaja.
“Surat yang diterima penduduk itu notis kosong, kalau mahu mereka pindah mesti ikut perintah mahkamah dan perkara ini saya katakan sebagai ‘pengusiran haram’,” katanya.
Manakala wakil daripada Ladang Bukit Jalil, Balakrishnan Kunjoo berkata, pihaknya berharap kerajaan menarik semula notis itu kerana mereka sudah lama menetap di situ dan perkara ini melibatkan seramai 40 keluarga serta sekolah rendah Tamil.
“Saya berharap ada jalan penyelesaian dan bukan dengan cara meroboh tanpa memberikan hak-hak kepada kami sebagai penduduk ladang. Kerajaan seru slogan rakyat didahulukan, tetapi hak kami pula cuba dirampasnya,” kata Balakrishnan.
NGO lain yang turut serta adalah Persatuan Masyarakat Selangor (Permas), Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan Perjuang Bahasa Ibunda.

No comments
Post a Comment