PrK Merlimau & Kerdau: Poin kritikal persiapan PAS menghadapi PRU13.

Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau tidak mengejutkan kerana ia berlaku di kubu Umno. Mungkin bagi setengah pihak, agak terkejut bila dilihat kepada lonjakan undi BN yang amat ketara. Apa pun, PAS tetap utuh dengan sokongan undi teras.

Keputusan PrK

a)PrK Merlimau

Berlaku di Merlimau, tatkala pada PRU 1999 undi PAS sebanyak 2,012 sudah dikira cukup baik dalam konteks bertempur di kubu teras Umno. Pada PRU 2004 pula, PAS tidak bertanding, sebaliknya KeADILan yang bertanding dan meraih 1,245 undi. Pada PRU 2008 PAS kembali bertanding dan meraih 2,827 undi. Prestasinya sudah cukup baik dengan hanya berbekalkan lima cawangan PAS. Maknanya, berlaku kenaikan sebanyak 1,582 undi di Merlimau.

Namun pada PRK lepas, PAS di Merlimau sudah meraih sebanyak 2,319. Bandingan dengan PRU 2008 berlaku penurunan hanya 508 undi. Tetapi ia tetap lebih baik jika dibanding dengan PRU 1999. Maka teras PAS di Merlimau adalah sekitar angka 2,000 dan tidaklah seteruk PRU 2004 ketika KeADILan bertanding.

b)PrK Kerdau

Pada pilihan raya umum (PRU) 2004, undi PAS di Kerdau 1,871 dan PRU 2008 meningkat kepada 2,250. Berlaku kenaikan sebanyak 649 undi. Namun pada PRK lepas, PAS meraih sebanyak 2,336. Berlaku kenaikan sebanyak 86. Mudah dikata, undi PAS masih utuh pada pengaruh status-quo. Sokongan kepada PAS masih segar dan pihak BN tidak mampu menggugat teras PAS di Kerdau.

Kempen melampau BN

Kebalikan daripada wujudnya kelemahan(?)yang membawa kecundangnya PAS di kedua-dua PRK, ia ada hubung kait dengan kempen melampau dan terlarang BN yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan BN. Hakikatnya jentera PAS telah berlawan dengan jentera kerajaan BN. Walaupun fakta ini dianggap sebagai ‘alasan’ menutup kelemahan(?), namun setakat keupayaan PAS berdepan dengan ‘program kempen BN’ menerusi jentera kerajaan itu, PAS tidak berdiam diri.

Beberapa report polis, SPRM dan SPR telah dibuat, di samping pendedahan media turut dibuat bagi membuktikan kempen terlampau dan terlarang BN. Kesannya, demokrasi ala-BN terus dihalalkan oleh badan penguatkuasa tersebut.

Report

Paling ketara pihak PAS telah membuat tiga jenis report yang siginifiken dalam kes PRK kali ini. Satunya (di Kerdau) melibatkan report polis mengenai sogokan janji Pengurus Felda Jengka kepada pengundi Kerdau berjumlah RM3.368 juta atas nama bayaran SES (dari RISDA) dan RM1.547 juta atas nama bayaran SITS (dari MPOB/kelapa sawit).

Keduanya (di Merlimau) melibatkan report SPRM mengenai integrity ketua menteri Melaka atas anggapan pecah amanah dan unsur rasuah di dalam projek pembinaan kompleks Majlis Agama Islam Melaka yang melibatkan pihak tertentu dengan kontraktor yang gagal menyiapkan projek ikut jadual serta penjualan lot tanah kepada kontraktor dan pihak tertentu.

Akhirnya, (di Merlimau dan Kerdau) melibatkan report SPR mengenai penggunaan premis awam (dewan orang ramai – Kerdau & politeknik – Merlimau) sebagai pusat operasi jentera BN yang dilihat secara terang-terangan premis untuk kepentimgan awam disalah guna untuk kepentingan jentera BN.

Kesemua report berkenaan tidak dipedulikan, dan kesannya pengundi menganggapkan perkara itu sebagai sah dan BN sebagai tidak bersalah. Justeru, pihak PAS boleh menggunakan report ini sebagai bahan kes kemungkinan tindakan petisyen membantah kempen melampau dan terlarang BN di Merlimau dan Kerdau. Ini sebagai move mencetuskan gelombang bersih menjelang PRU13.

Pengajaran menjelang PRU

PAS sebagai parti politik-dakwah tidak seharusnya serik mengorak langkah perjuangan yang kini bersama Pakatan Rakyat. Apa pun PAS memerlukan persiapan rapi menghadapi mencabar dalam meraih keyakinan rakyat. Masanya masih ada membina saf kemenangan menjelang PRU 13 nanti dengan memberi perhatian kepada tanggungjawab mendaftar pengundi baru, mengurus pengundi luar, mengurus selera pengundi muda, memperjelas isu-isu kejayaan pentadbiran Negeri Pakatan Rakyat, menguruskan dan membekalkan maklumat strategic menjawab fitnah dan provokasi serta pre-amptive pihak Umno-BN, dan pemerkasaan jentera parti dan cawangan sehingga menjelang PRU13.

http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2011/03/prk-merlimau-kerdau-poin-kritikal.html

No comments

Powered by Blogger.