Kristian-Islam: BN perlu pikul kesan laporan Utusan, tegas Guan Eng

Oleh Clara Chooi


KUALA LUMPUR, 9 Mei - DAP memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) hari ini bahawa ia perlu bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian tidak diingini, yang kemungkinan menimpa komuniti Kristian ekoran tindakan parti itu memperakui dakwaan laporan Utusan Malaysia kononnya pihak berkenaan mahu mengubah status Islam di negara ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perikatan itu sengaja enggan menghukum akhbar milik Umno itu, yang menyebarkan kempen membenci dengan pembohongan terhadap komuniti Kristian.

“Dengan kegagalan menghentikan kempen pembohongan Utusan Malaysia yang berterusan, akhbar milik Umno, kerajaan BN, (sebenarnya) mencetuskan kebencian ke atas komuniti minoriti Kristian,” katanya.

Kata beliau, DAP sangat bimbang keran kempen pembencian terhadap Kristian oleh Utusan Malaysia kemungkinan tidak akan berakhir dengan serangan lisan yang disaksikan sekarang.

“Kerajaan BN perlu memikul tanggungjawab penuh ke atas sebarang kesan tidak diingini terhadap komuniti Kristian di Malaysia berdasarkan kempen pembencian bersifat berbohong Utusan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang juga mengecam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berjanji akan laporan itu akan disiasat tanpa mengatakan bahawa tindakan akan diambil terhadap akhbar harian terbabit yang menyiarkan laporan palsu.

“Sangat jelas, kerajaan BN bukan sahaja telah gagal untuk menghentikan Utusan Malaysia daripada meneruskan serangan-seranganya tidak berasas sedemikian, malah memberi galakan kepada mereka dengan menjanjikan tindakan ke atas pastor-pastor Kristian dan DAP jika mendapati (laporan) adalah benar.

“Mengapa kerajaan BN tidak berjanji untuk mengenakan tindakan tegas ke atas Utusan Malaysia apabila pembohongan Utusan didedahkan?” soal beliau.

Justeru Lim mempersoalkan sama ada Utusan Malaysia kini menikmati kekebalan penuh untuk menyebarkan dakwaan-dakwaan tidak berasa tanpa berhadapan dengan kemungkinan dihukum kerana laporan palsu.

Katanya, adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab bagi Umno bermain api dengan menyebarkan pembohongan menerusi akhbar Utusan Malaysia hanya untuk menerima sokongan Melayu tanpa mempedulikan kosnya.

“Ramai pemimpin Kristian telah melahirkan rasa tidak senang mereka ke atas pembohongan-pembohongan provokatif dan menafikan sekeras-kerasnya bahawa kumpulan pastor Kristian bekerja dengan DAP untuk mewujudkan negara Kristian dan melantik perdana menteri (dari kalangan orang Kristian),” katanya lagi.

No comments

Powered by Blogger.