Gambar: Bulan Syaaban Dan Fiesta Bera. Ismail Sabri Jahil Agama?

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/267485_188874904502200_183718951684462_519643_2995674_n.jpg

Di daerah Bera, kami tidak meneropong anak bulan bagi menentukan tarikh mula berpuasa. Tidak juga kaedah hisab. Kami cuma tunggu Haji Ismail Sabri buat acara joget dan tanding kebaya. Itu petanda dah Syaaban dan tak lama lagi Ramadhan datang, maka berpuasalah kami.

Kita dah bantah, Haji Ismail Sabri buat juga. Urusan seterusnya terserahlah kepada Allah s.w.t. Kami tiada kuasa mencegahnya. Harap Pejabat Agama Islam Daerah Bera ambil tindakan tegas terhadap penghinaan terhadap hukum-hukum syarak di tempat awam sebegini. Jika perlu, mohon keluarkan garispanduan khusus kepada Tuan Haji Ismail Sabri agar acara-acara hiburan yang dianjurkannya selepas ini dapat menepati kaedah berhibur yang diajarkan oleh Al-Fadhil Tuan Kadi Daerah Bera dan tenaga pengajar bertauliah yang dihantar ke seluruh masjid dan surau di dalam daerah Bera ini.

tolong sedarkan mat mail sabri ni akan kematian!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.