Umno Gelabah! Hantar Ku Nan Ke Indonesia Untuk Hentam Anwar!

Pasca-Bersih: Putrajaya mula ‘ubati’ persepsi, hantar SU Agung Umno ke Jakarta

KUALA LUMPUR, 12 Julai — Pentadbiran Najib mengambil langkah luar biasa dengan menghantar setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor ke Jakarta untuk memberi penjelasan mengenai perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu di ibu negara dan meredakan kebimbangan sementara akhbar Bahasa Inggeris tertua di Indonesia mengecam tindakan pihak berkuasa.

Akhbar Jakarta Post berkata rakyat Malaysia seharusnya “kaya dan bebas” sementara Tengku Adnan berkata perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pilihan raya bebas dan adil hanya satu helah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang popular sebagai pemimpin Muslim di Indonesia.

“Dua juta pelancong melawat (Malaysia) setiap tahun dan pelajar-pelajar Indonesia juga datang ke Malaysia. Rusuhan ini menyebabkan saya datang ke Indonesia dengan cepat untuk menjelaskan isu,” kata laman web Vivanews memetik bekas menteri pelancongan itu pada sidang media di tengah Jakarta.

Kata beliau, kerajaan bimbang bilangan pelancong akan jatuh jika keadaan sebenar tidak diberi penjelasan.

Tengku Adnan menambah Indonesia memainkan peranan peranan dalam ekonomi Malaysia.

Kira-kira dua juta rakyat Malaysia bekerja di Malaysia secara sah manakala jumlah yang sama bekerja secara tidak sah.

Semalam, Putrajaya menggantung pendaftaran pekerja asing tidak sah sementara siasatan dijalankan mengenai sistem biometrik yang ada kecacatan.

Seiring dengan pendirian partinya, Tengku Adnan mempersalahkan Pakatan Rakyat atas perhimpunan Sabtu lalu sambil menafikan adanya kelemahan dalam sistem pilihan raya di Malaysia sebagaimana didakwa oleh Bersih 2.0, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan.

Tengku Adnan menarik perhatian bahawa kebanyakan media Indonesia menyokong Anwar, yang merupakan bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan ketika pemerinthan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum dipecat pada 1998.

Kata beliau, kehadirannya di Jakarta adalah untuk memperbetulkan salah faham ekoran perhimpunan Bersih 2.0.

Awal bulan ini, kerajaan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

Rencana pengarang Jakarta Post dengan tajuk “Malaysia: Rich but not free” berkata pemimpin-pemimpin Malaysia masih bergerak dengan menggunakan “paradigma lama bahawa anda boleh ada pembangunan atau demokrasi, tetapi bukan kedua-duanya sekali.”

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.