Manikavasagam ditahan ketika mahu bantu peniaga Melayu

(Oleh Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Setiausahanya Jayachandran ditahan di balai polis Sg Kapar Indah kerana memiliki sembilan helai t-shirt Bersih dalam kereta.

Bercakap kepada KeadilanDaily, beliau berkata, penahanan itu dibuat sekumpulan anggota polis kira-kira jam 1 petang di tapak Pasar Besar Meru walaupun tidak mengedar apa-apa risalah dan t-shirt Bersih.

“T-shirt Bersih hanya ada dalam kereta saya, saya ke pasar untuk bertemu Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu tapi sekumpulan polis datang dan terus menahan saya.

“Kereta saya dipandu Setiausaha saya, Jayachandran. Dia pun kena tahan. Polis sedang mengambil keterangan sekarang ini,” katanya ketika dihubungi.

Kata beliau, lawatannya ke tapak pasar itu tiada kaitan langsung dengan pengedaran t-shirt mahupun risalah Bersih tetapi polis berkeras menahannya.

“Saya beritahu polis. saya datang berjumpa dengan persatuan itu, tetapi mereka menggeledah kereta dan menjumpai sembilan helai baju t Bersih.

“Ketika berjumpa dengan persatuan itu, saya bersama enam pengikut. Saya dibawa oleh trak polis ke sini,” kata beliau.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.