Pengerusi Bersih Ambiga tidak akan tanding PRU-13
Oleh Debra Chong
KUALA LUMPUR, 12 Julai — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan beliau tidak akan sama sekali bertanding pada pilihan raya umum ke-13 meskipun ada gesaan agar meneruskan perjuangannya dengan menjadi wakil rakyat.
Bekas presiden Majlis Peguam ini dilihat sebagai ikon baru pergerakan masyarakat madani bersama Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said selepas menerajui perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya umum meskipun berhadapan dengan kritikan dan halangan pentadbiran Najib.
Ekoran populariti itu, beberapa pihak mahukan beliau bertanding dalam pilihan raya umum yang dijangka diadakan awal tahun depan.
“Sudah pasti tidak,” kata beliau ketika ditanya sama ada akan bertanding pada sidang media hari ini.
“Dan, saya boleh mengatakan mengapa (tidak). Saya tidak dapat bertahan dengan politik negara ini,” kata beliau.

No comments
Post a Comment