Polis cari Azmin di rumah

BUKIT ANTARABANGSA: Pihak polis mencari Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali di rumahnya, dipercayai berhubung perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 di Kuala Lumpur esok.

Bagaimanapun difahamkan beliau tidak ada di rumah ketika pihak berkuasa yang terdiri 5 anggota polis itu tiba di rumahnya di Ampang.

Pengarah Pilihan Raya Gombak, Razali Ramli ketika dihubungi berkata beliau mendapat maklumat itu kira-kira jam 3.53 petang.

Menurut Razali, beliau tidak pasti kedatangan pihak polis tetapi percaya ia bertujuan untuk menyerahkan surat perintah mahkamah mengenai larangan supaya Azmin tidak memasuki Kuala Lumpur esok.

Semalam Polis Kuala Lumpur mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Azmin antara 66 invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan Bersih 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Turut disenaraikan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.