Anwar mengaku tidak bersalah

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii ke atas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan Jun lalu .

Pihak pendakwa tidak membantah Anwar dibenar ikatjamin dan mencadangkan ketua umum PKR itu dikenakan ikatjamin RM20,000 dan menyerahkan pasportnya.

Hakim SM Komathy kemudiannya membenarkan Anwar diikatjamin diri RM20,000 tanpa penjamin.

Katanya, Anwar juga tidak perlu menyerahkan pasportnya kerana yakin mantan timbalan perdana menteri itu tidak akan melarikan diri.

Beliau juga menetapkan kes itu disebut semula pada 10 September depan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur.

Anwar dihadapkan ke mahkamah hari ini ekoran laporan polis yang dibuat oleh Saiful.

Beliau dituduh meliwat Saiful antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar dituduh mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman enjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Anwar tiba di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pada jam 9.38 pagi tadi untuk menghadapi tuduhan liwat.

Mantan timbalan perdana menteri itu kemudiannya menaiki lif mahkamah pada jam 9.52 pagi dipercayai untuk di bilik mahkamah.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membaca kenyataan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung kes terhadap Anwar.

Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang menyifatkannya sebagai satu kezaliman politik terhadap Anwar.

Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Kira-kira 100 orang penyokong Anwar turut hadir memberi sokongan.

Sementera itu, polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan-jalan utama masuk ke bandaraya pendakwaan Datuk Seri Anwar ke mahkamah hari ini atas tuduhan liwat.

Keadaan itu menyebab kesesakan lalulintas yang teruk menuju ke bandaraya.

No comments

Powered by Blogger.