wahai noh omar....rakyat dah cerdik....

KOTA KINABALU 27 Ogos - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Noh Omar berkata, penduduk khususnya pengundi di Permatang Pauh jelas lebih mengagungkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memilih pembangunan yang akan dibawa Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, keputusan tersebut akan membuatkan Permatang Pauh terus ketinggalan seperti sebelum ini.

"Kita boleh lihat sehingga ke hari ini, kemiskinan masih berleluasa dan pembangunan terus ketinggalan di Permatang Pauh sejak di bawah wakil rakyat PKR sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Koridor Pembangunan Sabah (SDC) di Hotel Le Meridien, di sini hari ini.

Noh berkata, BN sudah memberikan tentangan dan cuba menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk penduduk di situ sekiranya memilih calon BN tetapi tetap ditolak.

Katanya, kemenangan Anwar pada pilihan raya kecil di Permatang Pauh juga sudah dijangka dan bukan sesuatu yang luar biasa.

Beliau berkata, penduduk di situ masih ingat dan menghargai beliau ketika menjadi wakil rakyat di situ dan ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Semua orang tahu bahawa Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar sejak beliau menjadi wakil rakyat di situ, jadi tidak hairanlah mengapa beliau boleh menang di situ.

"Kemenangan ini bukan suatu yang luar biasa, Barisan Nasional (BN) sudah pun menjangkakannya dan tidak terperanjat. Kalau BN yang menang, ini baru boleh dipanggil luar biasa," katanya.

bila kalah semua cakap dah jangka.......sebelum ni bukan main galak dok lawan......malu beb!!!

No comments

Powered by Blogger.