Anwar mendahului kiraan undi di Permatang Pauh
PERMATANG PAUH: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mendahului dalam pengiraan undi pilihan raya kecil Permatang Pauh yang diadakan hari ini.
Proses pengiraan di 28 pusat mengundi sedang dilakukan.
Setakat 7 petang tadi, kira-kira 40 peratus undian telah dikira.
Proses pengiraan undi di 110 saluran di 28 pusat mengundi dijangka selesai pada pukul 8 malam ini manakala keputusan penuh pilihan raya diketahui sebelum pukul 10 malam nanti.
Dalam pada itu, mStar Online dimaklumkan yang Pejabat PKR akan mengadakan sidang media mengisytiharkan kemenangan Anwar di Yayasan Aman - Pusat Operasi Utama PKR pada pukul 7.45 malam ini.
No comments
Post a Comment