Anwar rakamkan penghargaan kepada media
(Hrkh) - Ketua Pembangkang yang baru dilantik, Dato' Seri Anwar Ibrahim merakam penghargaan kepada wartawan yang membuat liputan sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh biarpun berita mengenai dirinya tidak disiarkan.
Iklan
Selain dari tempoh kempen tersebut, Anwar menjelaskan bahawa wartawan juga sering membuat liputan dan menghadiri sidang media yang beliau adakan selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, namun sikap ketua mereka yang dipengaruhi oleh pemimpin Umno menyebabkan semua beritanya tidak disiarkan.
"Saya ucapkan terima kasih kepada anda kerana saya tahu jauh di lubuk hati anda juga mahukan perubahan tetapi kerana ketua-ketua anda maka tiada langsung berita saya," kata beliau sambil tersenyum selepas mengakhiri sidang media di Lobi Parlimen pagi tadi.
Wartawan dari dalam dan luar negara berhimpun di Parlimen untuk menyaksikan detik bersejarah majlis mengangkat sumpah Anwar sebagai ahli parlimen Permatang Pauh.
Anwar selesai mengangkat sumpah pada jam 10.03 minit pagi tadi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Anwar yang disingkirkan dari kerajaan dan Umno sepuluh tahun lalu kembali menjadi ahli Dewan Rakyat setelah memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Setelah memenangi kerusi parlimen tersebut beliau terus dilantik menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.
Biarpun dilabelkan sebagai agen Yahudi dan anti Melayu, Anwar tetap menjadi pilihan pengundi Permatang Pauh yang mewakili rakyat Malaysia untuk membawa agenda perubahan yang menjadi moto beliau sebelum ini.
Sejak 1999, kerusi parlimen Permatang Pauh dipegang oleh Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum meletak jawatan pada 31 Julai lalu.

No comments
Post a Comment