Anwar dahului majoriti lebih 10,000 undi di Permatang Pauh
(Dikemas kini, pukul 2015) PERMATANG PAUH: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mendahului dalam pengiraan undi pilihan raya kecil Permatang Pauh yang diadakan hari ini.
Setakat pukul 8 malam, Anwar telah memperoleh 22,659 undi manakala Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 10,999 undi manakala AKIM menerima 22 undi.
Proses pengiraan di 28 pusat mengundi sedang dilakukan.
Setakat ini kira-kira 40 peratus undian telah dikira.
Keputusan itu diumumkan oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali selaku Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan PKR di Pusat Operasi Utama parti itu di Penanti di sini.
Setakat ini keputusan 15 daerah sudah diketahui dan Anwar menang di kesemua daerah itu.
Proses pengiraan undi di 110 saluran di 28 pusat mengundi dijangka selesai pada pukul 8 malam ini manakala keputusan penuh pilihan raya diketahui sebelum pukul 10 malam nanti.
Dalam pada itu, mStar Online dimaklumkan bahada sidang akhbar yang sepatutnya diadakan di Pusat Operasi Utama PKR pada pukul 7.45 malam ini ditangguhkan hingga 9 malam.
No comments
Post a Comment