Kemaskini dari Bilik Gerakan Yayasan Aman
Lagi gambar-gambar sekitar Permatang Pauh.
3.00 pm. Unit Ehsan sedang memantau dua buah bas yang sampai ke Sekolah Menengah Permatang Pasir.Anggota unit Ehsan yang terdiri dari penduduk tempatan merasa curiga dengan pengundi-pengundi ini kerana tidak seorang pun dikenali sebagai penduduk tempatan.
2.45pm. Anwar balik ke Bilik Gerakan. Dengar sembang-sembang, setakat ni lebih kurang 60% keluar mengundi. SMS sudah dihantar mintak ambil sapa-sapa yang masih belum mengundi
2.30 pm. Baru dapat masuk Yayasan Aman, jalan masuk ke Penanti penuh sesak. Aku kena jalan sebaik saja keluar highway BKE. Hujan lebat pulak tu, ni semua BN punya pasai. Ada maklumat dari Perisik Rakyat, hari tu ada banyak helikopter, ingatkan depa nak ambil gambar…rupanya depa buat pembenihan awan supaya hujan lebat hari mengundi. Binawe punya geng.
No comments
Post a Comment