Konsert Avril: Mufti-mufti digesa keluarkan fatwa

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak agar Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Wan Zahidi Wan Teh dan mufti-mufti lain mengeluarkan fatwa bagi memperjelaskan hukum bagi konsert Avril Lavigne.
Iklan




Menurut Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen, fatwa tersebut penting kerana ia melibatkan soal masa depan masyarakat Malaysia, khususnya belia Islam yang kini semakin diperhambakan oleh dunia hiburan.

Katanya, tindakan kerajaan meluluskan konsert penyanyi dari Kanada ini dilihat umpama menuangkan minyak di atas api yang marak.

Jelasnya, Mufti boleh merujuk klip-klip video artis ini yang tersebar di internet sebagai rujukan dalam mengeluarkan fatwa.

Selain itu, beliau juga meminta agar Mufti Wilayah Persekutuan memainkan peranan yang penting dan tidak sekadar mencari populariti politik dengan hanya mengeluarkan pandangan terhadap isu hangat seperti kes sumpah Saiful Bukhari Azlan.

Tambahnya, konsert tersebut lebih besar impaknya jika dibandingkan kesannya dengan kes Saiful kerana ia melibatkan orang ramai.

Katanya, menjadi tanggungjawab Mufti Wilayah Persekutuan untuk menyelamatkan umat Islam dari terjerumus ke dalam kancah sosial, yang mana beliau akan diminta bertanggungjawab di hadapan Allah jika gagal mempergunakan ilmu yang ada dalam mencegah kemungkaran. - mks. _

No comments

Powered by Blogger.