Keputusan tidak melemahkan kerajaan BN: PM
OHOR BAHRU: Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam, tidak merubah kerajaan sedia ada yang diterajui Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata kemenangan pembangkang mempertahankan kerusi terbabit bukan satu perkara yang perlu dibimbangkan kerana ia sudah dijangka sebelum ini.
Sehubungan itu, katanya, kemenangan satu kerusi pembangkang itu tidak akan melemahkan kekuatan BN yang hanya kekurangan lapan kerusi untuk mendapat majoriti dua pertiga.
"Keputusan semalam hanya membabitkan satu pilihan raya kecil seperti pilihan raya kecil lain sebelum ini. Kita tidak boleh membuat tafsiran keputusan itu akan berlaku di kawasan parlimen lain di seluruh negara.
"Keputusan itu juga bukan satu perkara yang boleh melemahkan BN kerana kita tidak kehilangan 20 atau 30 kerusi, jika itu berlaku ia memang membimbangkan kita dalam BN, " katanya pada media selepas tamat Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei kali ke-12 di sini, hari ini.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengetuai rombongan negara itu dalam rundingan yang diadakan dua hari ini di sini.
Ditanya adakah kemenangan Anwar itu mendorong parti komponen meninggalkan BN dan membentuk kerajaan baru bersama Pakatan Rakyat pada 16 September ini, Abdullah berkata: "Tidak, ahli BN tidak meninggalkan BN begitu saja. Jika ada masalah dalam BN, baik kita selesaikan dalam parti dan tidak sampai peringkat untuk meninggalkan parti."
Katanya, Datuk Arif Shah Omar Shah sebenarnya tidak kalah teruk seperti didakwa pembangkang kerana beliau memperoleh lebih 15,500 undi dan menggagalkan impian Anwar untuk menghilangkan deposit calon BN itu.http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20080827183212/Article/index_html
betol tak apa yang tun M cakap???? pak lah xda mata dan telinga...apa pendapat anda??

1 comment
lower buruk punyer olang
Post a Comment