Anwar, isteri mengundi di SK Seri Penanti jam 9.40 pagi

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti, di sini, jam 9.40 pagi ini.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Mereka selesai mengundi kira-kira lapan minit kemudian di Saluran Satu pusat mengundi itu.

Sementara itu, lebih 3,000 penyokong parti yang bertanding mula berkumpul di jalan masuk ke SK Seri Penanti seawal jam 7 pagi bagi memberi sokongan kepada calon masing-masing.

Ini kerana SK Seri Penanti menjadi tumpuan apabila Anwar mengundi di sini.

Polis terpaksa memisahkan kedudukan penyokong di sepanjang Jalan Kubang Semang dengan jarak kira-kira 15 meter bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Penyokong terutama Barisan Nasional (BN) dan PKR bersorak serta menyanyikan lagu parti masing-masing dengan mengibarkan bendera parti dan calon masing-masing.

Tinjauan Berita Harian mendapati, penyokong turut mengeluarkan kata-kata provokasi dan mencemuh calon, tetapi setakat ini tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Selain kawalan lalu lintas, polis turut menjalankan pemantauan dari udara membabitkan Unit Udara PDRM.

1 comment

Anonymous said...

26th of August 2008 will be the day Malaysia will be re-born … thanks for the update

renaissance.MY's last blog post ... Are We Getting The RM0.30 Subsidy ?

Powered by Blogger.