Proses pembuangan undi berjalan lancar, polis kawal ketat

TERKINI! PERMATANG PAUH, 26 Ogos (Hrkh) - Calon Pakatan Rakyat, Dato' seri Anwar Ibrahim akan mengundi jam 9 pagi ini di Sekolah Rendah Sri Penanti, Kubang Semang dekat sini selepas hampir 10 tahun terhalang akibat kezaliman Barisan Nasional
Iklan




Manakala calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah dijangka akan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.

Wartawan Mohd Sabri Said dan jurugambar Mohd Nasir Sudin yang tiba kira-kira jam 7.30 pagi tadi melaporkan pihak polis membuat kawalan ketat, khususnya di tempat Anwar dijadualkan mengundi.

Katanya, pihak polis juga membuat kawalan ketat sejak semalam dan beliau serta pengundi-pengundi terpaksa melalui beberapa sekatan jalan raya untuk tiba di kawasan tempat mengundi.

"Sejak awal pagi lagi sudah sesak dengan penyokong-penyokong kedua-dua parti yang tiba dengan pelbagai bendera, 'banner' dan laungan reformasi bergema begitu kuat sekali," katanya.

Menurutnya, ramai wartawan dan jurugambar media tempatan dan asing sudah berhimpun sejak awal pagi lagi untuk menanti ketibaan Anwar.

"Proses pengundi setakat ini berjalan lancar, kelihatan ramai pengundi sudah tiba di pusat pengundian untuk mengundi," ujarnya.

Harakahdaily difahamkan, menjelang hari pengundian terdapat beberapa keraguan timbul khususnya pada buku daftar undi, antaranya 710 nama pengundi Permatang Pauh pada tahun 2004 didapati hilang.

Khusus di Dun Seberang Jaya, jentera Pilihan Raya KeADILan dan PAS mendapati terdapat sehingga 80 nama didaftarkan dalam sebuah rumah pengundi.

"Selain dari 80 nama dalam sebuah rumah, ada banyak lagi 20 nama, 10 nama dalam sebuah rumah, jumlah ini tidak ada dalam PRU 8 Mac lepas.

"Yang hairannya keraguan ini berpusat di kawasan kubu kuat BN," kata seorang petugas bilik gerakan Pakatan Rakyat.

Berita lanjut penyusul_

No comments

Powered by Blogger.