Datuk Bandar DBKL kecewa sambutan hari kebangsaan hambar
KUALA LUMPUR: Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Ab Hakim Borhan kecewa dengan sikap warga kota, terutama pemilik perniagaan yang sehingga kini tidak mengibarkan Jalur Gemilang dan memasang lampu hiasan di bangunan masingmasing walaupun Hari Kemerdekaan ke51 akan disambut Ahad ini.
Jika adapun bendera kebangsaan yang dikibar, ia tidak sesuai kerana bersaiz kecil dan dipasang di tempat yang tidak strategik, katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, hari ini.
Ab Hakim berkata pemilik bangunan bagaikan melepas batuk di tangga dan sikap sedemikian mengecewakan walaupun pihak berkenaan mengeluarkan peringatan.
"Cuba lihat sendiri gedung-gedung perniagaan yang ada di sini. Berapa kerat sangat yang pasang Jalur Gemilang dan lampu hiasan. Tidak salah kalau saya katakan tidak terasa langsung suasana menyambut Hari Kemerdekaan.
"Janganlah sampai menteri turun padang hanya untuk menyuruh mereka (pemilik premis) pasang Jalur Gemilang dan lampu hiasan, lepas tu baru nak pasang," katanya.
Ab Hakim berkata orang ramai boleh mendapatkan bendera kebangsaan pada harga kos di Jabatan Bendahari DBKL di Jalan Raja Laut dan lapan pejabat cawangan DBKL.
"DBKL juga memberikan Jalur Gemilang percuma kepada mereka yang membayar cukai di kaunter," katanya.
Pada majlis sama, Ab Hakim turut mengumumkan pengenalan zon keutamaan motosikal untuk kemudahan penunggang motosikal semasa berhenti di lampu-lampu isyarat.
Beliau berkata untuk peringkat awal persimpangan Jalan Tuanku Abdul RahmanJalan Tun Perak dipilih untuk menjalani percubaan selama sebulan bermula dua hari lepas.
"Jika percubaan ini berjaya, kita akan laksanakan di tempat-tempat lain yang sudah dikenalpasti kesesuaiannya," katanya, sambil menjelaskan Jalan Sultan Ismail Jalan Bukit Bintang akan menjadi zon kedua pada penghujung September ini. BERNAMA

No comments
Post a Comment