PKR dakwa isu liwat, penahanan Exco punca BN tewas

IPOH: Isu sumpah kes liwat serta penangkapan dua Exco Parti Keadilan Rakyat (PKR)di Perak didakwa antara penyumbang peralihan sokongan pengundi Melayu terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, semalam.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, berkata ia kerana pengundi Melayu melihat ia seolah-olah sengaja dirancang.

"Kami tidak begitu terkejut dalam ketika saat yang begitu kritikal timbul isu di sini (di Perak) tetapi kami tetap yakin kedua-dua Exco PKR ini disabotaj dan dianiaya....keyakinan tetap kuat," pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di sini, hari ini.

Isnin lalu, dua Exco kerajaan Perak dari PKR, Osman Mohamad Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan menerima rasuah.

Mohammad Fairus berkata, isu sumpah laknat oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat bekas majikannya di Masjid Wilayah Persekutuan, juga tidak berjaya mempengaruhi pengundi Melayu.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20080827210347/Article/

No comments

Powered by Blogger.