apabila umno buat uji kaji..
Barisan Nasional, khususnya Umno, akan mengkaji dengan mendalam sikap pengundi di Permatang Pauh yang terus menolak calon BN dalam pilihanraya kecil Selasa lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata satu post mortem mengenai pilihanraya kecil Permatang Pauh akan dijalankan tidak lama lagi.
"Kita akan kaji dengan mendalam sikap pengundi di Permatang Pauh," katanya ketika diminta mengulas mengenai keputusan piliharaya kecil Permatang Pauh," katannya kepada pemberita hari ini.
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi parlimen tersebut dengan majoriti 15,671 undi. Beliau mendapat 31,195 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, yang memperolehi 15,524 undi. Hanafi Mamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) mendapat 92 undi dan hilang wang pertaruhan.
Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan ahli parlimennya, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada suaminya itu bertanding di situ.
Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihanraya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.
Pemilihan Umno
Anwar, yang juga mantan timbalan perdana menteri dilucutkan dari jawatan dalam kerajaan pada tahun 1998, berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan liwat.
Ditanya sama ada penampilan semula Anwar dalam arena politik negara akan menjejaskan pemilihan Umno pada Disember ini, Bernama memetik Najib sebagai berkata: "Tak ada kena mengena dengan pemilihan Umno."
Anwar mengangkat sumpah jam 10.05 pagi tadi, sejurus selepas bacaan doa di dewan yang mulia itu, hadapan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Anwar yang berbaju Melayu biru tua, kemudian melangkah duduk di kerusi betul-betul berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kerusi itu dulu diduduki isterinya yang mewakili kawasan parlimen yang sama - acara mengangkat sumpah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak lama selepas pilihanraya umum lalu dihadiri Anwar sebagai pasangan seorang anggota Dewan Rakyat.http://www.malaysiakini.com/news/88733
ujikaji yang lepas macam mana? tak hantar pun lagi....rakyat dok tunggu ni sebab depa nak bagi markah....jangan lambat sangat tau....nanti kena potong markah lagi....tulis nama pensyarah betul-betul......hehehe.... pak lah pensyarah dia
No comments
Post a Comment