Ahmad Shabery: Kemenangan Anwar bukan suatu 'kekalahan' buat BN
KUALA LUMPUR:Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini menyifatkan kemenangan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam tidak akan menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah.
Beliau berkata tidak ada sebab bagi anggota BN untuk bersedih atau menganggap kemenangan yang sudah dijangka itu sebagai "kekalahan" kepada BN kerana Anwar bertanding di kubu kuatnya.
"Bagi PKR, pilihan raya ini (Permatang Pauh) ialah hidup mati mereka, bukan hidup mati Anwar sahaja tetapi hidup mati parti (PKR) dan juga Pakatan Rakyat. Sedangkan bagi BN ini hanyalah satu kerusi yang bukannya kerusi BN tapi kerusi yang sudah dimiliki oleh PKR.
"Ia tidak menjejaskan kepimpinan parti yang sedia ada, Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) tetap ahli Parlimen Kepala Batas dan perdana menteri, Datuk Seri Najib (Tun Razak) tetap ahli Parlimen Pekan dan beliau tetap timbalan perdana menteri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.
Ahmad Shabery berkata majoriti undi yang diperoleh Anwar pada pilihan raya kecil itu juga tidak begitu besar berbanding apa yang diuar-uarkan sebelum ini.
"Saya rasa kalau dilihat daripada hari penamaan calon di mana kehadiran penyokong dia (Anwar) 50,000...sepatutnya undi yang dia dapat pun 50,000 ataupun mendapat majoriti sekurang-kurangnya 20,000.
"Tetapi dengan majoriti 15,000 perbezaannya adalah terlalu sedikit dengan apa yang diperoleh Azizah (isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail)... tak banyak beza," katanya.
Ahmad Shabery juga berharap Anwar akan dapat memberikan sumbangan kepada perbincangan yang lebih baik dan bermakna ketika perbahasan persidangan Dewan Rakyat kelak.
"Saya harap dengan kemasukan Anwar sebagai ahli Parlimen yang akan bermula esok dewan akan lebih tertib, rakyat boleh lihat sebagai orang yang nak jadi perdana menteri dia (Anwar) akan dapat mendidik ahli-ahli Parlimen terutamanya pembangkang menjadi lebih tertib dan beradab," katanya.
Beliau berkata upacara angkat sumpah Anwar sebagai anggota Parlimen tidak akan disiarkan secara langsung esok.
"Kita siarkan seperti biasa yang bermula dengan sesi soal jawab, tidak ada tradisi baru akan dibuat," katanya.
Sementara itu, Setiusaha Agung Pemuda MCA Wee Ka Siong pula menggesa BN melakukan post mortem terhadap pilihan raya kecil itu walaupun kemenangan Anwar memang dijangkakan.
"Sebenarnya BN perlu membuat analisis berhubung kekalahan itu dan mengambil langkah perlu untuk menangani sebarang kekurangan dan masalah yang kita hadapi, sama ada keputusan itu disbebakan isu harga minyak atau kita masih tidak sensitif terhadap suara rakyat," katanya. BERNAMAoit sapu mulut tu hehehe.....dulu pun yb cakap tak kalah gak....tak mau letak jawatan....hidup la dalam tak kalah bn tu hehe...
No comments
Post a Comment